Bro Rickywan Melaka
Aktivis Hak Asasi Manusia


Kehidupan tidak semudah yang dijangka kan,meneruskan kehidupan adalah sesuatu keperluan, jangan gentar jika ditindas , jangan mengalah jika tertewas, bangkit dan terus maju ke hadapan,pasti ada sinar yang menanti....
Photobucket
myspace layouts

"Rakan-rakan sekalian, Jika anda seorang yang perihatin, dan ingin hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa alam, sila klik di gambar sebelah atas ini ( Tabung 1 UNTUK ASIA ), membantu demi sesama manusia & insan di muka bumi ini..."


|Tagged| |Mudah| |Facebook| |Friendster| |Yahoo| |Google| |TvLive| |Twitter|

Sunday, July 31, 2011
mStar - Thanks Publishes for my story......

Sila klik link dibawah untuk membaca artikel saya selanjutnya:-
I:\mStar Online Teruja Dengan Sikap Ramah Mawi & Peminat.mht

Thanks for mStar menyiarkan artikel saya......
 
posted by Rickywan at 1:55 PM | Permalink | 0 comments
Friday, July 29, 2011
Sindiket Penipuan yang semakin canggih
Dari email yg diterima....

Assalamualaikum WBT,

Selepas makan tengahhari tadi saya menerima satu panggilan telefon dari no +392640176. Agak pelik nombornya. Mula malas nak jawab tapi terjawab juga panggilan tersebut.

Apabila saya menjawab panggilan tersebut keluar suara yang telah dirakam seperti voicemail berbunyi "You have outstanding balance RM7,388.00 from Eon Bank account. Please press 0 to repeat or press 9 to talk with an operator". Lebih kurang begitulah bunyinya. Agak cemas bila dikatakan hutang tertunggak terus saya tekan 0 untuk mendengar kembali pesanan. Tetapi panggilan saya terus disambungkan kepada operator yang dimaksudkan.

Yang menjawabnya seorang lelaki cina. Dia dengan lemah lembutnya bertanya "Apa yang boleh saya bantu encik?" Saya yang agak terkejut dengan panggilan tersebut terus bertanyakan ini panggilan dari mana? Dia menjawab dari Customer Service Eon Bank. Saya terus bertanya tentang mesej yang saya terima dari voicemail tersebut dan dia meminta no IC saya untuk membuat semakan. Setelah membuat semakan 'konon-kononnya' dia mengatakan yang saya ada hutang kad kredit yang tertunggak selama 3 bulan sebanyak RM7,388.00. Mak aiii... Biar betul? Bila pulak saya apply kredit kad Eon Bank? Dia menjawab kad kredit ini baru lagi.

Huh.. Tak puas hati saya meletakkan telefon dan terus menelefon rakan saya yang bekerja di Eon Bank. Setelah dia membuat semakan melalui no IC saya ternyata, no IC saya tidak ada pun dalam senarai. Habis bagaimana pula dengan panggilan tadi tu? Confirm panggilan palsu.

Risau setelah saya mendedahkan nama dan no IC saya, saya membuat panggilan ke Bank Negara untu membuat pertanyaan. Pegawai bertugas menjawab jika hanya nombor IC yang didedahkan, tidak akan jadi apa-apa masalah. Melainkan kita ada mendedahkan maklumat lain seperti nombor akaun ataupun nombor kredit kad. Pheww... Lega...

Semakin licik mereka ni membuat penipuan. Diharapkan anda semua tidak tertipu dan tidak mendedahkan apa juga maklumat yang diminta. Dan diharapkan juga pihak polis dapat mematahkan perjalanan sindiket ini yang tidak pernah berhenti dari terus menipu orang ramai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 
posted by Rickywan at 8:11 AM | Permalink | 0 comments
Kumbang yang makan katak


Kumbang, pada umumnya memakan daun, buah, serangga kecil atau sejenisnya. Bagaimanapun kumbang ini memakan katak dan kadal.
Kumbang Epomismen jadi pemangsa bagi katak dan kadal yang saiz ukurannya jauh lebih besar.


Menurut pengkaji universiti, kumbang biasanya memakan haiwan kecil seperti serangga, cacing atau haiwan kecil lain.

Namun, menurut kajian Gil Wizen, ketika ada kumpulan kumbang ini dimakan kadal atau katak, kumbang ini akan membalas dendam dengan menyerang dan memakan katak atau kadal itu.

Kumbang ini termasuk fenomena luar biasa haiwan kecil yang memakan haiwan yang lebih besar. Namun, Kumbang Epomis tidak serta merta menyerang mangsanya.
 
posted by Rickywan at 8:01 AM | Permalink | 1 comments
Thursday, July 28, 2011
Sains Buktikan Zikir Cerdaskan Otak Jana Kebaikan!

Sains Buktikan Zikir Cerdaskan Otak Jana Kebaikan! Boleh Jadi Kebal??
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya
 
posted by Rickywan at 4:10 PM | Permalink | 0 comments
Hotel yang diperbuat daripada emas tulen













 
posted by Rickywan at 8:22 AM | Permalink | 0 comments
Tuesday, July 26, 2011
Kenali penyakit peti ais kita



Baru-baru ni peti ais rumah saya yang berusia lebih 10 tahun, meragam, dah tak sejuk, banyak makanan yang busuk.
Kopak lagi lah duit nampaknya, dah lah bulan ni nak perbaharui takaful dan cukai jalan kereta, bil elektrik pula makin tinggi, bil IWK baru dapat dan macam-macam hal.

Kalau baiki peti ais bayar mahal, rosak lagi nanti. Nak beli baru, duit lagi. Dah nak pergi tanya kedai beli baru, emak kata cuba tanya kalau ada orang boleh baiki.

Talipon tempat beli peti ais di jalan Rahang, Seremban, Mr Jimmy. Tanya ada orang tak boleh baiki , warranty dah 10 tahun mana ada lagi. Lalu Jimmy beri no telefon kawan dia Ah Loong (bukan Along).

Saya pun talipon Ah Loong. Mula-mula Ah Loong tanya apa model, saya kata Panasonic NBT dan nombor modelnya. Ah Loong kata , itu model dah 10 tahun, betul kata saya, macam ahli nujum pula Ah Loong ni. Kemudian Ah Loong tanya lagi , ada bunyi tak peti ais, saya kata ada. Ah Loong tanya lagi badan peti ais ada panas, tak, saya kata tak berapa panas.

Macam doktor atas talian pula Ah Loong ni. Ah Loong tanya lagi, dulang (tray) kat bawah ada air tak, saya kata kering. Kemudian Ah Loong kata kemungkinan peti ais boleh baiki lagi. Talipon saja si Ah Loong ni boleh troubeshoot apa masalah.

Lalu saya kata bila boleh datang, memandangkan dah malam, Ah Loong kata esok. Ingatkan Ah Loong datang dengan pembantunya bawa lorilah nak angkut peti ais. Tengok Ah Loong datang bawa van dan anak dia yang baru Tingkatan 2.

Terus Ah Loong tengok peti ais, dan siap beri ceramah kuliah percuma lagi mengenai peti ais. Dia pegang kompressor dengan tangan, katanya kompressor elok lagi. Paip tak ada bocor. Kompressor dan paip kalau rosak mahal RM600, baik beli baru.

Dia tengok spesifikasi peti ais Arus cuma 0.6 Amp, dia ukur pakai clampmeter dapat 0.58 Amp. Dia kata peti ais jenis ni memang jimat elektrik. Sekarang punya peti ais katanya ada yang lebih 1 Amp. Amp peti ais bergantung berapa banyak lilitan tembaga pada motor. Lagi banyak gelung tembaga lagi kurang Amp tapi lagi mahal pula harga motor.

Kemudian dia terus check switch defrost, dia kata switch defrost yang bermasalah. Lalu dia tukar switch defrost tersebut. Ah Loong kata kena tunggu 2-3 jam baru peti ais tadi akan berjalan seperti biasa.

Senang betul Ah Loong buat kerja, bukan dia saja senang, kita pun senang, tak payah tunggu berhari-hari nak baiki peti ais.

Ah Loong ni tak perlu kedai nak baiki peti ais. Dia hanya pergi rumah ke rumah. Saya tanya Ah Loong, sehari berapa rumah dapat pergi, dia kata dalam 5 rumah.

Senang betul tengok Ah Loong cari makan.

Apa-apa pun dengar pandangan semua orang dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi ibu kita.

Alhamdulillah, jimat sikit duit.
 
posted by Rickywan at 11:01 AM | Permalink | 9 comments
Pertandingan Janggut Lebah






BEIJING - Petani China ini, Wang Dalin, tentu saja bahagia setelah memenangi satu pertandingan yang luar biasa. Penternak lebah berusia 42 tahun itu adu nyali dengan menjadikan diri sebagai "rumah lebah" di Shaoyang, Hunandi, China. Ia menantang petani berusia 20 tahun, Lv Kongjiang.

Wang Dalin, penternak lebah di China, sebelum lebah benar-benar menutup tubuhnya dalam satu pertandingan bertajuk janggut lebah .

Kedua orang itu bersaing dengan berdiri pada sebuah timbangan dan hanya mengenakan celana pendek. Mereka kemudian menggunakan ratu lebah untuk menarik lebah-lebah lain hinggap ke tubuh mereka.

Dalin akhirnya dinobatkan sebagai pemenang setelah menarik 26.86 kilogram lebah ke tubuhnya dalam waktu 60 minit, demikian menurut laporan media tempatan sebagaimana dikutip Daily Mail, 17 Julai . Kongjiang hanya berhasil menarik 22.9 kilogram lebah, kurang dari perolehan Dalin.

Acara tersebut menarik kerumunan besar penonton yang terpesona. Namun, tidak seperti kedua orang itu, banyak dari mereka membuat keputusan yang lebih masuk akal dengan mengenakan pakaian pelindung.
 
posted by Rickywan at 11:00 AM | Permalink | 0 comments
Friday, July 22, 2011
Masjid Paling Aneh Di dunia


Bentuknya sederhana, namun jemaahnya datang dari segenap penjuru desa sebelum waktu solat masuk

Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” ( bermaksud “ Anggap Saja Sudah Makan”). Sangat aneh bukan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul tinggal seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar beliau tidak membeli apa-apa. Jika dia merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”

Apa yang dia lakukan setelah itu? wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak tabung. Begitulah yang dilakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya untuk membangunkan sebuah masjid.

Tanpa terasa perit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab. Oh ya, masjid ini juga tidak mempunyai bumbung dan permaidani..

Akhirnya, Khairuddin berjaya merialisasikan cita-ciatanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, jika Khairuddin yang miskin itu didalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangun sebuah masjid dan akhirnya berjaya.

Tidak banyak orang yang menyangka bahawa Khairuddin seorang yang sangat luar biasa dan orang yang kaya yang lain tidak dapat berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah penduduk desa mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi nama masjid itu dengan nama : “Shanke yadem” (Anggap Saja Saya Sudah Makan)

**mampukah kita berbuat apa seperti yang dilakukan Khairuddin Afandi? semoga beliau dirahmati Allah dan dibalas dengan istana syurga..
 
posted by Rickywan at 9:19 AM | Permalink | 0 comments
Thursday, July 21, 2011
Sardin Punca FIBROID

Dari email yang diterima.....


Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam


Bro Rick Says.....

P/s - org dulu-dulu makan sardin hari-hari takda hal pun, ni semua kadang-kadang sekadar menambah cerita.......
 
posted by Rickywan at 11:33 AM | Permalink | 0 comments
Tuesday, July 19, 2011
INFO : Binatang yang hidupnya hanya 3 jam




Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa’s Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River.


Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa’s Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.

Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.

Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah seekor serangga “mayfly” yang terbesar di Eropah. Jenis serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ke ekor. Serangga ini berada pada masa larva selama 3 tahun. Selama 3 tahun tersebut, larva berada di dasar sungai.

Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Bermula muncul membesar dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.

Tisa’s Flower hidup dewasa hanya sekali. Semasa pertengahan bulan Jun, pada pukul 5.00 – 6.00 pm, mereka akan menari-nari di atas sungai dalam kumpulan yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah, atau di manapun tempat yang mereka hinggapi.

Fenomena tersebut dikenali dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa. Setelah membesar dewasa secara normal (setelah beberapa saat berganti kulit), serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk bersama pasangan betina sebelum mereka mati.

Setelah bersama, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.

Serangga ini merupakan serangga yang sensitif. Jika berada di sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih. Disamping sebagai indicator lingkungan, serangga ini juga makanan yang bagus buat ikan, sehingga beberapa pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Pada masa ini serangga Palingenia longicauda sudah musnah di beberapa Negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungari.
 
posted by Rickywan at 10:01 AM | Permalink | 0 comments
INFO : Vitamins ( Good Informative )














































 
posted by Rickywan at 9:45 AM | Permalink | 0 comments
Friday, July 15, 2011
Leher Gadis Disepit Pintu Bas
Pemandu Terburu-Buru, Leher Gadis Ini Disepit Pintu Bas

ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.



Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bus.

Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.

The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.

Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian…
 
posted by Rickywan at 6:33 PM | Permalink | 0 comments
Wednesday, July 13, 2011
Syukur Alhamdulilah - Part 14
Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Maaf pada kawan-kawan yang membaca blog ini, agak kelewatan menyambung kisah aku diblog ni, agak sibuk sedikit waktu ini, dan alhamdulilah, akhirnya setelah penat lelah, dan perlaburan yang aku lakukan selama ini, berserta kesabaran, akhirnya segala-segalanya telah selesai.

Semalam akhirnya VISA isteri aku selama 6 bulan telah pun di perolehi dari jabatan imigresen melaka, terima kasih atas kerjasama yang baik oleh En.Kamal Azmi kerana menguruskan VISA wife aku dengan cepat, selama 14 hari menunggu, akhirnya VISA wife aku telah pun siap, bayaran sebanyak Rm1120 telah dibuat semalam, dan VISA wife aku valid selama 6 bulan.

Kepada kawan-kawan yang banyak memberikan sokongan dan galakan serta motivasi korang, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak, hanya allah sahaja yang dapat membalas budi baik korang, kepada En.Nabil, Ustaz Halim, En.Yazid, En.MelakaShah, Pak Evi, Pak Teguh, Ungku, Hj Aslan dan semuanya, aku ucapakan ribuan terima kasih, syukur-syukur akhirnya kesabaran aku selama ini berbaloi.

Terima kasih to allah & all atas ujian dan rahmatnya kepada aku dan wife aku..........

Alhamdulilah.......
 
posted by Rickywan at 11:43 AM | Permalink | 0 comments
Syukur Alhamdulilah - Part 13
Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Sambungan dari part 12, aku ke Kukup, Johor Baru, perjalanan dari melaka ke kukup mengambil masa 3 jam lebih kalau tak rushing la, kalau bawak kete macam pelesit, rasanya 1 jam lebih boleh sampai, kita family man, laju-laju pun kita fikir nyawa orang lain, lain masa bujang dulu, kalau laju pun mati sorang pun tak da hal, paling kuat kita sorang je yang tanggung akibatnya, tapi sekarang dah kawin ni kalau bini duk sebelah, laju sikit siap la kene hentam, hehehe.....

30.10.2010 bersamaan hari sabtu, kelmarin aku dan wife aku dari Padang sampai ke malaysia pada 30.09.2010, dan pada kiraan aku kalau 30.10.2010 ni ngam-ngam la genap 30 hari wife aku di malaysia, maka harus keluar ke indonesia dan masuk balik ke malaysia nanti, jadi bila sampai di kukup masa nak beli tiket bot untuk ke seberang, pihak jualan tiket tu tak terima passport wife aku, atas alasan dia lambat sehari untuk keluar ke seberang, jadi harus membayar denda, pada kiraan aku kalau 30.09.2010 hingga 30.10.2010 baru 30 hari, jadi kalau di kira balik dengan betul sebenarnya memang 31 hari, sehari lambat pun memang tak boleh, mesti didenda, kalau lambat sehari keluar dari yang di benarkan, makan harus didenda Rm100 untuk sehari.

Bayangkan kalau 30 hari, takda Rm3000?, perghhh bikin duit betul imigresen ni, cukup-cukup di kerat orang luar ni, sedangkan wife aku dah ikut aku sebagai suami dia yang sah, sedikit kelonggaran pun tak boleh diberikan muka, so hari sabtu mana ada kaunter imigresen yang buka untuk bahagian passport, so kaunter yang jual tiket tu cakap kene tunggu hari isnin la baru boleh bayar denda, gila! aku cakap, tak kan dah sampai sejauh ni dari melaka ke kukup ni, perjalanan dari awal pagi jam 4pg, belum tidur-tidur lagi, tak kan nak patah balik ke melaka, memang cilaka jawapnya, sakit betul hati aku masa tu, wife aku pun dah letih, tengok muka dia pun dah pucat, memang seram masa tu rasanya.

Cuba call sahabat di seberang, dia juga seorang imigrasi di sana, dengan harapan boleh menolong, sangkaan aku memang betul, dia tak boleh membantu, tiada siapa lagi rasanya nak diharapkan, jadi alternatif masa tu ada 2 aja, berpatah balik ke melaka ataupun ke Stulang laut, 80km dari kukup ke sana, Stulang laut adalah satu lagi perlabuhan dari malaysia ke singapore, batam dan sekitarnya, jadi lepas berbincang dengan shah ( botak ), kami bersetuju untuk ke Stulang laut, duit minyak lagi, dengan mata mengantuk pula, memang terasa tersiksa dengan semua ni, tapi kesabaran tetap berada disisi aku, selalunya insan yang sabar, pasti ada hikmah disebaliknya.

Maka selepas sampai di Stulang laut, aku ke kaunter tiket untuk membeli tiket di sini, nasib baik kaunter di Stulang laut ni boleh bayar denda untuk kelewatan passport wife aku, denda Rm100, seratus pun seratus la, tak kisah, sebab janji boleh lepas keluar dari malaysia, walaupun kerjanya remeh sikit, nak kene jumpa boss kat situ la, nak photostat passport la, macam-macam, then lepas bayar, baru boleh naik bot keluar dari malaysia, memang memenatkan, masa tu dah jam 11.30pg, mata dah naik kelat jadinya, mengantuk betul, dari Stulang laut aku ke batam, mengambil masa 1jam 30 minit untuk sampai ke batam dari Stulang laut.

Dalam bot bantai membuta aku, tak tahan mata ni mengantuk sangat masa tu, sampai di batam, tinggal sana semalaman then esok nyer masuk ke malaysia balik, dalam banyak-banyak urusan kerajaan yang aku pergi, imigresen malaysia yang paling worst dalam perkhidmatannya, terlalu stright sangat undang-undang dia, dalam serius-serius dalam undang-undang tu pun rupanya masih ada lagi double standard, harap je ada ISO, tapi dari segi perkhidmatan tak sama rata, bayangkan, di perlabuhan kukup tak boleh bayar denda kene tunggu hari isnin, then di perlabuhan stulang laut lain pula ceritanya, boleh pula bayar denda!, tak payah nak tunggu hari isnin!

Heran sungguh kerajaan kita ni, kata 1 malaysia, rakyat didahulukan, jadi kalau rakyat didahulukan, maka takda susahkan rakyat, betul tak? so bila rakyat didahulukan, apa juga permasalah rakyat harus ditangani segera dengan praktikal, bukan secara kene tunggu-tunggu ni, kita nak berusan dengan cepat dan kompentitif, bukan nak cari salah siapa, tapi kalau macam ni la cara urusan kerajaan malaysia, maka memang payah nak maju dalam urusan kerajaan ni, kalau di ikutkan dengan ISO semua harus standard, tiada pengecualian satu pun terhadap rakyat, itu baru betul!

Contoh di Kukup cukup terbukti sistem urusan kerajaan tidak profesional, tidak pro aktif, adakah rakyat didahulukan? tapi pencapaian diorang tercapai pula!, patutlah ramai pendatang kat malaysia ni, sebab mereka masuk secara sah, jadi bila dah terlambat nak keluar kene denda mahal pula, jadi baik diorang duduk secara haram kat sini, lepas kene tangkap pun tak apa, sebab lepas kene tangkap, ada orang bagi makan, tempat tinggal sampai berbulan-bulan, jadi lepas kene tangkap, balik naik kapal besar lagi, percuma plak tu, jadi kenapa diorang nak bayar denda, sebab kerajaan kita murah hati pada orang-orang yang tak ikut undang-undang, sedangkan orang yang betul-betul nak cari jalan penyelesaian secara aman, di buat main-main pula.

Memang betul-betul kecewa dengan ini semua, aku tak boleh terima bagaimana kepenatan dan kepayahan, duit habis banyak kerana kerajaan yang suka buat rakyat susah macam ni, kalaulah aku dapat jumpa PM, tentu akan aku bagi cukup-cukup punya, 1 malaysia tu hanya di bibir sahaja, bukan di dalam hati yang ikhlas membantu rakyat yang ternyata tertindas!


Ikuti sambungan seterusnya di part 14 ya, ok, im going to sleep now, take care everybody....
 
posted by Rickywan at 11:42 AM | Permalink | 0 comments
Tuesday, July 12, 2011
Alhamdulilah - My Home Stay
Salam & Good day,
Alhamdulilah, syukur akhirnya hampir siap juga Home Stay pertama aku bersama dengan bapa aku hampir 90% siap, semalam baru sampai perabot dan kelengkapan dalaman, ini lah kerja aku selama ini setelah aku banyak mendiamkan diri, harap lepas ni dapat lah bantu dalam kehidupan ni sikit demi sedikit......















 
posted by Rickywan at 2:10 PM | Permalink | 0 comments
Anda boleh terus membaca paparan untuk bulan ini, dengan hanya klik Disini

Dan jika anda mahu melihat paparan yang seterusnya, sila pilih bulan, di bahagian ARCHIVES! di sebelah kanan blog ini. Terima Kasih, Sila Dtg Lagi....
Google
 
Image header © Bro_Rick | Layout design by UjangMD
/* Theme Name: Manhattan Theme URI: http://www.manhattanray.com/manhattan Description: Manhattan 4.2 Version: 4.2 Author: Manhattan Ray Tags: black, white, fixed-width, right-sidebar */ body{ margin:0; font-family: Arial, Helvetica, Georgia, Sans-serif; font-size: 12px; text-align: left; vertical-align: top; background: black; color: white; } body,h1,h2,h3,h4,h5,h6,address,blockquote,dd,dl,hr,p,form{ margin: 0; padding: 0; } #wrapper{ margin: 0 auto 0 auto; width: 1001px; height: 100%; overflow:hidden; padding: 0; text-align: left; background: silver; } #container{ float: left; width: 702px; height: 100%; overflow: hidden; margin: 0 10px 0 20px; display:inline; /* because IE doubles set margins */ font-family: "trebuchet ms",times,arial; font-size: 14px; } #header{ width: 680px; height: 330px; padding: 10px; background:url (http://talianhayat.com/wp-content/uploads/2011/01/redas1.jpg); border: 1px solid black; border-top: 0; margin-bottom: 10px; } /* start: pagemenu */ /* NOTE: Unlike most Suckerfish dropdowns */ /* This code uses the pagemenu division as the */ /* relative datum, not the top list items */ /* Be aware of this, if you play with the pagemenu codes */ #pagemenudiv{ width: 702px; height: 22px; background:#242424; position:relative; } #pagemenudiv ul{ margin: 0; padding: 0; list-style-type:none; } #pagemenudiv ul li{ float:left; text-align:center; } #pagemenudiv ul li a{ display:block; height: 18px; padding-top:2px; padding-left: 5px; padding-right: 5px; border: 1px solid #242424; float:left; font-size:14px; font-family: times,arial; font-weight: 500; text-decoration:none; text-transform: uppercase; color: white; } #pagemenudiv ul li a:hover{ background: white; color: #242424; } /* sub pages below */ #pagemenudiv li ul{ position: absolute; display: none; background: black url(graphics/submenubg.jpg); width:702px; height: 25px; top: 22px; left: 0px; } #pagemenudiv li > ul{ top: 22px; left: 0px; } #pagemenudiv li.over ul, #pagemenudiv li:hover ul{ display:block; } #pagemenudiv li ul a{ border: 1px solid black; font-size:16px; padding-top: 2px; height: 20px; text-transform: none; background: black url(graphics/submenubg.jpg); color: #bbb; } #pagemenudiv li ul a:hover{ background: black url(graphics/submenuhoverbg.jpg); color: #242424; } /* end: pagemenu */ #content{ width: 702px; color: black; } /* start: sidebar codes, except for calendar and links */ #sidebar{ float: left; width: 227px; border: 1px solid black; padding: 10px; background: #e8e8e8; margin: 10px 20px 10px 0; display:inline; /* because IE doubles set margins */ color: black; } #sidebar ul{ list-style-type: none; margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; } #sidebar ul li{ margin: 5px; padding: 10px; background: #555; color: #ccc; } #sidebar ul > li{ border: 1px solid black; } #sidebar ul li li{ border: 0px; } #sidebar ul li h2{ background: black url(graphics/sidebarh2bg.jpg); height: 17px; padding-top: 1px; padding-left: 5px; font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 14px; color:#242424; } #sidebar ul ul li{ padding: 0; line-height:24px; } /* end: sidebar codes, except for calendar and links */ #footer{ clear:both; width: 993px; padding:4px; position:relative; background: #323232; color: #bbb; } span.footercredits{ position: absolute; left: 410px; } /* start: anchor/link codes, except for page menu */ #header a{ text-decoration: none; color: #bbb; } #header a:hover{ text-decoration: overline underline; color: #fff; } #content a{ text-decoration: none; color: #343434; font-weight: 600; } #content a:hover{ text-decoration: overline underline; color: #000000; } #sidebar a{ text-decoration: none; color: #ccc; } #sidebar a:hover{ text-decoration: underline overline; color: white; } #footer a{ text-decoration: none; color: #bbb; } #footer a:hover{ text-decoration: underline overline; color: white; } /* end: anchor/link codes, except for page menu */ .aligncenter, div.aligncenter { display: block; margin-left: auto; margin-right: auto; } .alignleft { float: left; } .alignright { float: right; } hr{ border: 1px solid #484848; } acronym{ color: #484848; font-weight: 600; } blockquote{ border-top: 1px solid black; border-bottom: 1px solid black; padding: 10px; margin:10px; background: #b0b0b0; } h1{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 24px; padding: 0 0 10px 0; } .post{ padding: 10px 0 10px 0; } .post h2{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 18px; } .entry{ line-height: 18px; } p{ padding: 10px 0 0 0; } p.postmetadata{ border-top: 1px solid #444; border-bottom: 2px solid black; margin: 10px 0 0 0; } .navigation{ padding: 10px 0 0 0; font-size: 14px; font-weight: bold; line-height: 18px; } table#wp-calendar{ width: 100%; } .comments-template{ margin: 10px 0 0; border-top: 1px solid #ccc; padding: 10px 0 0; } .comments-template ol{ margin: 0; padding: 0 0 15px; list-style: none; } .comments-template ol li{ margin: 0px; line-height: 18px; padding: 10px; border-bottom: 1px solid #444; } .comments-template ol li.alt{ background: #aaa; border-bottom: 1px solid #444; } .comments-template h2, .comments-template h3{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 16px; border-bottom: 1px solid black; } .commentmetadata{ font-size: 12px; } .comments-template p.nocomments{ padding: 0; } .comments-template textarea{ font-family: Arial, Helvetica, Georgia, Sans-serif; font-size: 12px; } .comments-template img{ border: 1px solid black; }