Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua,
Alhamdulilah, Alhamdulilah, segala pujian hanya untukmu ya allah.
Lama sebenarnya tak update blog ni, ramai kawan blog pun, aku tahu ada juga yang dah berhenti berblog ni, mungkin masa mencemburi kita semua agaknya, tapi pada hakikatnya aku rindu sangat untuk berblog macam dulu, cuma terhadnya dan terbatasnya masa dan hubungan dunia luar, membuatkan aku mendiamkan diri seketika, insyallah mungkin akan berblog dengan lebih kerap hendaknya dan jika di berikan kesempatan, insyallah.
Ok,sebenarnya banyak benda dan perkara berlaku selama ini, cuma tidak aku kongsikan bersama kalian semua, banyak benda yang tidak bagus di kongsikan bersama, tapi seba sedikit aku akan kongsikan pada kalian semua, jika kalian sudi mendengar rintihan dan luahan aku di sini, insyallah akan aku kongsikan.
Selama ini semua yang aku anggap indah, rupanya indah khabar dari rupa sebenarnya, banyak benda yang aku anggap sempurna, tapi hanya debu-debu kotor yang menempel muka ini dan orang-orang itu, mungkin masa tu aku masih lagi belum sedar dan buka mata seluasnya, aku dah pun berhenti kerja di tempat kerja lama aku, hampir setahun lebih juga aku dah berhenti kerja, mungkin jodoh aku di situ mungkin lebih lama lagi, namun kerana perasaan cemburu ( bahasa sopan nya ) atau hati dengki dan busuk ( bahasa kasarnya ) yang membuatkan aku hanya mampu bertahan untuk 10 tahun di sana, alhamdulilah, syukur lama juga aku kerja kat situ.
Banyak sebenarnya org yang khianat aku kat situ, sabar dan sabar setiap hari tiada noktahnya, aku bertahan, dan kerana mampu bertahan, orang-orang itu melakukan kerja kotor pada diri aku, dia orang buat aku sampai tak ingat dosa dan pahala, tiada belas kasihan langsung pada aku, tapi selama ini, aku lah yang banyak membantu meraka diatas nama "Sahabat", tapi itu semua bukan di endahkan oleh mereka, malah terus-terusan membuat aku sengsara.
Melawan, dan terus melawan, tapi tak guna, nasi dah jadi bubur, diorg lagi kuat daripada aku sebenarnya, mereka gunakan taktik kotor dan keji, sehinggakan niat untuk berkerja setiap hari di padamkan hasrat itu, keji kan? tapi itulah hakikatnya orang melayu, tak puas hati je bila orang lebih baik daripada mereka, kasihan jenis org macam tu, whatever,tapi diorang lebih suka buat org sengsara daripada gembira,akhirnya aku terkulai,jasad masih ada, tapi jiwanya dah kosong dan hilang kegembiraan itu.
Ok la, nanti aku sambung lagi citer aku, citer sikit-sikit dulu yer...nak tau lagi tunggu yer.....hehehe
Assalamualaikum.......