Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Lama juga tak mengupdate blog, banyak cerita sebenarnya nak diceritakan dengan korang, sama ada korang suka atau tak suka, whatever la, tapi just sharing tak apa-apakan, sejak bergelar orang baru ni, hidup ni semakin sibuk, sibuk sebagai seorang ketua keluarga, sebagai seorang suami membuatkan aku harus bekerja keras, kalau dulu makan lepaskan anak tekak aku je, but sekarang harus kene bagi makan 2 anak tekak, bukan mudah hidup berumahtangga ni, macam-macam ado, kalau takut berumah ditepi pantai, jangan le buat rumah kat situ, pi buat rumah kat atas bukit titiwangsa tu, lagi baik, hehehehe......merapu plak den.....
Aku memeluk islam pada 1 september 2010, tarikh ni akan aku ingat sampai bila-bila, because this moment was be my big challenging in my life as a new muslim - mualaf, thanks to allah, setelah bergelar muslim, banyak yang harus aku pelajari selok belok dunia islam, banyak perkara baru yang harus aku pahami dan jalani ibadah yang telah ditetapkan oleh islam, alhamdulilah, ramai rakan yang banyak membantu, banyak yang menghulurkan bantuan, syukur masih ada kawan-kawan yang sudi membantu, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada korang semua.
Aku akan cerita satu persatu apa yang aku tempuhi dan jalani semasa aku berstatus bujang hingga sudah bergelar suami orang, lebih-lebih lagi aku orang baru dikalangan agama islam.
Sebilangan kawan-kawan aku rasa ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu, bahawa isteri aku bukan warganegara malaysia, isteri aku berasal dari Padang, Indonesia, dan aku kenal dengan isteri aku pun masa aku menjadi supervisor dia dahulu sama tempat kerja, hampir setahun lebih aku dengan dia, dan masa-masa yang aku lalui dengan dia menjadikan aku lebih dewasa, menjadi manusia yang banyak berfikir terhadap perkara positif, dan akhirnya aku menjadikan dia sebagai isteri aku, Rani namanya, sesedap namanya dan secantik orangnya juga, masih lagi muda dari aku, dia berumur 22 tahun dan aku 30 tahun, jurang 8 tahun umur aku dengan dia, tapi kelihatan dia lebih matang dari aku.
Bernikah dengan orang luar memang nampak senang, tapi hakikatnya, cukup memeritkan, bukan nak merungut, tapi hakikatnya, setiap kali pergerakkan hasilnya perlukan duit, tanpa duit rasanya memang tak kan menjadi, banyangkan untuk permulaan, aku harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan kebenaran bernikah diluar negara, dan syukur boss aku yang banyak membantu iaitu En.Nabil, dia yang menemani aku semasa proses memeluk agama islam kelmarin, dia juga yang membawa aku ke perjabat agama, dan dia juga yang menjadi saksi sah untuk aku semasa memeluk agama islam, dan dia jugalah yang telah memperkenalkan aku kepada Ustaz Halim, Kadi di jabatan agama islam melaka.
Prosessnya agak rumit, buat permulaan, aku harus mendaftarkan diri di Jabatan agama islam melaka, disana aku harus mendapatkan borang kebenaran bernikah di luar negara, harga borang Rm1 sahaja buat permulaan, nampak murah je kan Rm1, dan harus menjalani ujian saringan HIV di hospital melaka dengan bayaran Rm1 juga, main seringit-seringit plak eh, murah murahkan nak kawen ni, hahaha......lepas tu aku harus jalani kursus kawin di melaka, setelah tu semua selesai, aku harus berjumpa dengan imam besar di daerah aku, pergi aku ke rumah tok imam bersama dengan kawan setia aku Shah ( botak ), pergi kerumah tok imam untuk dapatkan tandatangan dan chop rasmi dari dia, lepas semua selesai, borang tu aku harus hantar kembali ke jabatan agama islam melaka untuk diprosess dan diluluskan.
Bangunan JAIM Melaka.
Harus tunggu 3 hari waktu bekerja, baru borang yang telah aku hantar berserta kursus nikah dan ujian saringan HIV tu, baru aku dapat kebenaran berkahwin di luar negara dengan borang yang diberikan oleh JAIM ( jabatan agama islam melaka ) , dapat borang tu kena bayar Rm80, Kursus nikah Rm80, then aku harus dapatkan pengesahan dari kedutaan besar malaysia di Putrajaya, sekali lagi aku dan Shah ke putrajaya, seharian aku kesana bersama dengan dia, apa nak buat, layan je apa yang harus dilakukan demi nak bernikah di luar negara, harus pengesahan macam-macam, naik semput, dari melaka ke putrajaya, pakai duit jugak, minyak, makan, habis gak dalam Rm100, sampai ke putrajaya dari melaka jam 12 tghari, waktu break diorang dari 12 tghari ke jam 2 ptg, kene tggu 2 jam lagi baru boleh dapatkan pengesahan tersebut diatas borang yang dikeluarkan oleh JAIM tadi.
Aku di Wisma Putra Kementerian Luar Negeri.
Jam 2ptg, aku terus masuk ke jabatan kementerian luar negara, dibahagian kedutaan, nak dapatkan chop mohor rasmi kedutaan pun nak menunggu, ambik masa sejam lebih baru selesai urusan chop mohor tu, bayar Rm30, chop punya kejap, senang punya keje kerajaan ni, chop sikit dan sign sikit kat borang tu, dah kene bayar rm30, ikutkan je, apa nak buat, duit lagi, lagi-lagi duit.........
Jumpa sambungan bahagian kedua nanti yer.......nak titon le.......