Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Hari ke - 9 aku di Padang, 29.10.2010, hari ni merupakan hari terakhir aku di Padang, esok 30.09.2010 aku akan berangkat pulang dengan flight jam 8.00pg waktu indonesia dari Bandar Udara Internasional Minagkabau ke LCCT Kuala Lumpur dengan menggunakan pesawat Airasia.
Setelah 2 hari pernikahan aku dengan wife aku, urusan untuk mendapatkan surat nikah di sini bertambah kalut dan susah, ini kerana kalau dulunya surat nikah di keluarkan oleh Kantor agama daerah sendiri, tapi dengan undang-undang baru agama di sini, surat agama akan di keluarkan lepas seminggu dari tarikh aku bernikah, tapi kerana syarat pernikahan tidak mencukupi, makanya surat nikah akan dikeluarkan lewat dari sepatutnya, sepatutnya dalam undang-undang syariah disini, setiap pasangan itu boleh bernikah selepas seminggu tarikh dia mendaftar untuk pernikahan dia, tapi aku daftar hari tu, then hari tu jugak nikah, sebab nak cepat, sebab 30hb aku dah nak pulang ke malaysia, 10 hari aku kat sini, macam mana aku nak tunggu lama lagi.
Aku bekerja, kalau kerja sendiri takda hal, ni makan gaji mana boleh cuti lama-lama, jadi kalau di ikutkan dari segi undang-undang agama kat sini memang tak memenuhi syaratnya, iaitu aku bernikah cepat dari tarikh pendaftaran, iaitu daftar pada 27.09.2010 dan bernikah pada tarikh yang sama iaitu 27.09.2010, iaitu tidak menunggu seminggu selepas pendaftaran, tapi dari segi hukum agama, pernikahan aku sah, sebab telah di ijabkabulkan mengikut cara islam yang sah, sepatutnya kalau aku mendaftarkan pernikahan aku pada 27.09.2010, maka aku boleh bernikah pada 04.10.2010, kalau pada tarikh 04.10.2010 tu aku bernikah, maka dah berapa lama aku nak kene duk kat Padang ni, rasanya lebih dari 16 hari kat sini nanti, bagaimana pula dengan kerja aku, so nasib baik atas rundingan Ungku dan Pak Aslan, mereka setuju nikahkan aku pada 27.09.2010.
Jadi kalau di ikutkan pada pendaftaran pernikahan aku pada 27.09.2010, maka kalau seminggu selepas itu boleh bernikah, makan tarikhnya 04.10.2010, dan selepas seminggu dari tarikh 04.10.2010 ialah 11.10.2010, maka pada tarikh 11.10.2010 baru surat nikah aku yang sah akan di keluarkan oleh pejabat agama disini, makan masa lama juga, tapi terpaksa menunggu, tujuan aku pulang pada 30.09.2010 harus diteruskan, wife aku akan ikut sama pulang ke malaysia esok, so setelah berbincang dengan mak mertua, abg ipar dan adik ipar aku, aku dan wife aku akan pulang dulu, dan surat nikah akan menyusul kemudian, kerana nak tunggu makan masa lama lagi, so mereka akan kirimkan melalui pos kilat ( pos laju ) nanti dari Padang ke Malaysia.
Contoh sebegini la rupa buku Nikah di Indonesia, Ada untuk suami dan untuk isteri
Syukur ada mereka semua yang sudi membantu aku, kalau tak tentu susah jadinya, kalau tak boleh nak post surat nikah tu, mahu aku pergi ke Padang balik nanti, so esoknya aku berangkat dari rumah mak mertua aku awal pagi, seawal jam 6.30pg aku dan wife aku ditemani oleh abang ipar aku ke Bandar Udara, perjalanan mengambil masa 1 jam, so sampai di airport jam 7.30pg, tak lengah lagi terus ke kaunter untuk check tiket yang dah dibeli, tiket aku dah beli untuk pergi dan balik sekali gus, cuma wife aku je yang belum beli lagi, masa dekat sini duit yang aku bawa pun dah tak cukup nak pakai, jadi aku terpaksa suruh bobot kawan aku dan shah tolong belikan tiket dari malaysia dulu, sebab duit tak cukup.
Tiket untuk orang rumah aku je dh kene rp1.2 juta = rm400, mahal untuk tiket dia sebab tak tempah awal-awal, 3 hari lagi nak balik baru nak beli tiket, beli pula dari malaysia, tu yang jadi mahal, tapi nak buat macam mana, takkan nak tinggalkan wife aku kat sini, dan aku di malaysia, mana boleh jadi, so akhirnya aku dan wife aku selamat sampai di airport LCCT Kuala Lumpur jam 9pg, sampai di airport, shah dah tunggu aku depan pintu luar dengan kereta aku, nasib baik dia sampai, kalau tak mahu naik bas jawapnya, bagus ada member yang setia dan sudi membantu macam ni, syukur semuanya selamat, akhirnya aku dapat pulang ke tanahair aku sendiri, lebih 2 jam perjalanan, akhirnya sampai ke rumah mak aku di melaka.
Badan penat, letih dan sakit-sakit, sampai rumah rest jap dan tidur time......
Jumpa lagi yer di part ke - 11, ada cerita lagi, lagi banyak cerita nak dikongsikan.....chow....