Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Sambungan dari part - 11, selama 10 hari termasuk prosess post dari Padang ke Malaysia, akhirnya surat nikah dari Indonesia sudah pun tiba ke rumah aku, dan setelah lama menunggu, aku harus bertindak segera untuk memastikan surat nikah tersebut cepat dihantar ke majlis agama islam melaka ( JAIM ), aku hubungi Ustaz Halim untuk memberitahu bahawa surat nikah aku sudah pun diterima, dan aku ingin submit surat nikah tu pada dia untuk disemak, jadi di tetapkan hari, aku datang untuk menghantar surat nikah tersebut.
Pada mulanya aku ingatkan jika dah submit buku nikah tu dah kira settle, dan dah boleh dapat sijil perakuan nikah dari malaysia pula, jangkaan aku meleset sebenarnya, bila submit buku nikah pada Ustaz Halim, masih ada yang perlu dilakukan, syarat demi syarat harus dipenuhi, iaitu untuk mendapatkan sijil perakuan nikah dari malaysia, aku perlu lagi mengisi borang, then harus ke Kedutaan Indonesia di jalan Tun Abd Razak untuk chop buku nikah aku yang diterima dari indonesia sebagai pengesahan untuk di guna pakai di negara kita, jadi satu lagi perjalanan yang harus aku tempuhi.
Cuti lagi aku kali ni, hendak dan tak mahu, terpaksa juga aku ke Kuala Lumpur untuk dapatkan chop pengesahan dari kedutaan Indonesia di jalan Tun Razak, hari Rabu aku ke sana, terpaksa aku cuti lagi, aku, wife aku dan shah turut ke sana, dari pagi hinggalah ke petang aku kat sana, memenatkan, punyalah ramai orang indon kat situ, penuh sesak, tempat duduk semua penuh, terpaksa berdiri, bila orang bangun cepat-cepat aku labuhkan punggung, kalau tak duduk, jangan harap dapat duduk, berebut nak duduk, tempat duduk pula terhad, Menunggu je hampir 3o orang didepan aku, dan kaunter hanya 2 sahaja, urusan bag seseorang makan masa hampir 20 ke 30 minit, jadi memang makan masa, naik mengantuk nak tidur mata ni aku tahan je.
Lepas jam 2 petang baru giliran aku, aku ingat kalau nak chop buku nikah ni dan borang dari JAIM ni cepat urusannya, tapi bila dah submit borang tu kat kaunter Kedutaan tu, hanya selepas 3 hari baru boleh dapat balik buku nikah tu, aku dah la duk melaka, pergi ke Kuala Lumpur ni pun sebab nak settlekan benda ni, tapi nampaknya kene dua kali la aku ke Kedutaan ni, lepas siap semua dalam jam 3 lebih, aku balik semula ke melaka dalam keadaan sedikit yang tidak mengembirakan, sebab 3 hari lagi nak datang ke sana balik, penat satu hal, nak cuti lagi, cuti je keje aku ni, kadang-kadang rasa benggang jugak, tapi aku tahan je, sabar je la kan.
Lepas 3 hari, hari jumaat masa tu, jam 10pg aku sampai kat kedutaan kat sini untuk ambik surat nikah yang dah di chop disini, jadi nak ambik surat nikah ni pun nak kene pakai nombor giliran, tunggu lagi 10 orang didepan aku, sabar je la kan, sampai giliran aku, masa nak ambik surat nikah kene bayar Rm80 lagi, duit lagi, dah la duit minyak, duit tol, then nak kene bayar lagi duit prosess chop ni, apa nak buat, bayar pun bayar la, aku pasrah je, janji semua settle seperti mana yang JAIM nak, kalau tak ikut, nanti tak dapat pula nak apply surat nikah dari JAIM pula, satu hal lagi nanti, mau tidak, kalau tak dapat surat nikah dari malaysia, maka nikah aku di indonesia tu tak di iktiraf di malaysia, nanti jadi isu pula.
So lepas dapat surah nikah, aku dan wife aku pulang ke melaka semula, hanya itu je tujuan aku ke Kuala Lumpur ni, bukan nak pergi jalan-jalan, tapi nak settlekan benda ni, aku ikutkan dan turutkan, penat tak payah cakap, rasa nak balik rumah, nak bantingkan kepala ni, nak tidur je mata ni kalau di ikutkan.
Ikuti sambungan seterusnya di Part ke - 12 nanti ya, nak tidur dulu dah pagi buta ni, ngantuk mato den......