Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Sambungan dari part ke - 11, setelah buku nikah dan borang dari JAIM telah di sahkan oleh Kedutaan, keesokkan harinya aku sekali lagi ke pejabat JAIM di melaka, kali ini aku bawakan semua dokemen didalam satu file book untuk di hadapkan kepada Ustaz Halim, apa yang penting atau tidak penting, semua sekali aku bawakan, malas lah kalau asik nak berulak alik kat pejabat JAIM tu, sampai muka ni semua orang dah kenal, naik segan jadinya, macam lah aku ni buat salah besar, sedangkan nak mendaftar nikah kat sini, rasanya sejak dari mula-mula mendaftar nikah hingga sekarang, rasanya lebih sepuluh kali duk panjat pejabat JAIM tu, penat tak terkata, kaki longlai bak dipijak dengan kuat.
Kali ini semua agak berjalan dengan lancar, segala dokumen persuratan telah aku bawakan, semua aku cuba berikan yang terbaik, sebab aku nak settlekan dengan cepat, sebab nanti passport isteri aku akan tamat 5 hari lagi, tak tahu sempat atau tidak, aku serahkan buku nikah yang dah disahkan, salinan passport isteri aku, borang kebenaran bernikah yang dah di sahkan oleh kedutaan dan gambar nikah, itu antara syarat yang harus dibawa semasa menghantar borang tersebut ke JAIM, setelah hantar di kaunter bawah, aku harus membayar Rm80 lagi sebagai wang untuk mendapatkan sijil nikah bila diluluskan dalam masa 1 minggu lebih lagi.
Duit sekali lagi menjadi permasalahan, memang tak cukup duit satu lori, aku bawakan treller pula, kalau duit dalam treller ni habis, aku bawakan feri pula nanti ikut jalan laut, nak buat macam mana, belanja untuk urusan ini dan itu je dah makan ribuan ringgit, mahu tak mahu tinggal sedikit sahaja bukit yang harus aku capai, aku teruskan, dengan hati yang cekal, tak mampu pandang belakang lagi, semuanya dah aku jalani dengan penuh kesabaran, aku kini dah bergelar suami dan ada isteri, aku cuba buat apa yang aku mampu untuk isteri aku yang aku sayang.
Aku call Ustaz Halim lepas dua hari untuk bertanyakan tentang surat nikah aku tu, dia tanya aku nak bila, sebab dia sudi nak membantu, dengan alasan yang aku berikan sebab isteri aku nak apply VISA pula, sebab passportnya akan tamat lagi 3 hari, so aku minta dia tolong aku sebab 30.10.2010 passport dah expired, so Ustaz Halim cakap datang 2 hari lagi, then boleh ambil surat nikah aku, kalau biasanya harus tunggu seminggu, tapi kerana aku perlukan pertolongan dia untuk dapatkan cepat sedikit surat nikah tu, maka dia nak pula menolong, thanks la to Ustaz Halim yang banyak membantu.
Jadi 29.10.2010 petang baru aku dapat surat nikah, esok passport isteri aku dah expired, tak sempat nak apply VISA, duit pun tak cukup masa tu, terpaksa meminjam bobot sikit dulu, then aku korek sikit-sikit sana sini, aku nak dapatkan Rm1200 dulu untuk pendahuluan nanti, so kerana passpoert isteri aku dah expired, aku terpaksa keluar dengan dia dari malaysia ke indonesia, apa nak buat, kalau tak keluar, tak dapat pula extend untuk 30 hari lagi, passport indonesia ni, kalau diorang nak duduk kat malaysia hanya dibenarkan untuk 30 hari je tu lecehnya guna passport, kalau guna visa boleh dapat sampai 3 tahun maximum untuk tinggal dimalaysia.
So apa nak buat, dah nasib badan, esok ( 30.09.2010 ) aku harus keluar dari malaysia untuk sambung passport isteri aku, harus aku lakukan.....
Ok la kawan-kawan, tunggu lagi sambungan cerita aku nanti, bawa bersabar ya semua....terima kasih sudi membaca blog aku, tunggu part ke - 13 nanti, Assalamualaikum semua....