Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Sambungan dari part 2, setelah sampai dirumah mak mertua aku, waktu tu lebih kurang jam 10 lebih, lepak-lepak, borak-borak, pada mulanya iyalah tak pernah berjumpa lebih-lebih lagi bersua muka, kadang-kadang aku lebih banyak mendiamkan diri, rasa segan dan malu tetap ada, sebab diorang pun first time jumpa aku, then takkan aku nak lebih-lebih pula, kebetulan abg hans iaitu abg tiri kepada bakal isteri aku pun pulang dari Dumai ke Padang untuk menyaksikan akad nikad kitaorang, jadi abg hans ni fasih cakap melayu, sebab duduk kat Dumai, kalau orang Padang cakap dengan kita slank diorang tu tebal sikit, kadang-kadang kita tak berapa nak paham apa diorang cakap, then apa yang kita cakap diorang pun terpingga-pingga.
Kawasan luar rumah mak mertua aku di Padang
Ada itik lagi depan rumah dan sekitarnya, dan tentunya bukan mak mertua aku yang punya, hehehee.......
Badan letih sangat sebab bertolak dari Malaysia awal pagi, jadi aku ambil kesempatan untuk rest jap, tidur dalam bilik abg hans, penat sangat mata pun kelat, muka pun jadi ketat, jadi baik rest jap, tidur punya tidur bukan main lama aku terlelap, sebab nyenyak sangat tidur tu, aku dikejutkan oleh orang rumah aku, suruh aku bangun makan tghari, bangun then tercongok kat dapur menanti nasi dihidangkan dan makan bersama dengan orang rumah aku masa tu, masakan diorang biasa je bagi aku, lebih pada kampung kan, jadi aku tak kisah punya, semua aku makan, takda hal bab makan ni, janji kayu dan batu je aku tak telan, yang lain tu aku makan tapi yang halal la.....
Lepas makan, aku nak mandi, aku pergi ke bahagian dapur belakang rumah, ditunjukkan oleh orang rumah aku tempat nak mandi, mandi memang best sebab pakai sumur ( perigi ), takda air paip lagi rumah mak mertua aku ni, sebab biasa la orang kampung tak suka air paip2 ni, diorang lebih suka pakai air perigi ni, sebab lebih baik untuk kulit dan untuk diminum, kalau mandi pun segar, tempat mandi ni waktu dulu memang tinggi kawasan kepungannya, disebabkan oleh gempa tempuh hari, tembok tempat mandi diperigi ni dah jadi pendek, patah separuh akibat roboh dek gempa, jadi sebelum mandi harus menimba air perigi dulu, takda hal punya, aku expert bab menimba ni, sebab aku ada experience benda ni masa kecik dulu, aku pun duk kampung, pakai air perigi waktu mandi, jadi takda hal.
Perigi tempat aku mandi dan disini juga untuk mencuci baju dan periuk belangga.
Tapi bila nak mandi, harus duduk mencangkung, dah kalau diri sure nampak apa yang sepatut tak nampak, sebab tembok dia sangat la rendah, jadi kalau mandi sambil mencangkung agak susah sedikit, maklum la badan beso macam gajah ni, mandi mencangkung memang menyakitkan, tapi apo nak buat, terpaksa juga mandi, kalau tak bau dah macam kerbau pula nanti, lepas mandi aku duk kat luar rumah, lepak lagi dengan ada orang-orang datang rumah, banyak saudara mara kat sini, semua sekitar belakang rumah, depan rumah, kiri kanan rumah semua kira saudara sendiri, jadi semua datang menjenguk, nak tengok bakal aku bakal menantu mak mertua aku, so aku jadi macam model sambilan la, orang lalu je jengok aku, hehehe.....
Sebelah malam, saudara terdekat datang berbincang untuk menguruskan hal pernikahan aku, aku pula sibuk memikirkan tentang urusan dokumentasi untuk isteri aku, nak ke Bandar Padang untuk buat passport isteri aku, sebab isteri aku dulu kerja di Malaysia guna permit untuk 2 tahun, jadi setelah permit tamat, harus aku buatkan passport untuk dia, hari pun dah lewat malam, aku masuk tidur dulu, keesokkan harinya, baru aku akan bertolak dari kampung ke bandar Padang kira-kira 1 jam lebih, perjalanan yang penuh ranjau berduri dan pedih.....
Nantikan Sambung part 4 yer....citer semakin extreme......hehehe.....tgguuuuu