Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Sambungan part ke 3, hari kedua aku di Padang, 22 September 2010, hari ni awal pagi jam 7pg, aku bertolak ke Bandara, iaitu Bandar Padang, untuk ke kantor imigrasi ( imigresen ) indonesia di sini, perjalanan mengambil masa 1 jam lebih menaiki travell ( jeep @ pacuan empat roda ) yang disewa oleh aku dengan bayaran rp500 termasuk makan dan minyak kereta, sebenarnya travell ni murah sewanya jika naik beramai ramai, lebih kurang macam teksi la kat malaysia, cuma kalau aku sewa untuk di naiki oleh aku dan orang rumah aku, kosnya berlainan sebab aku dah sewa keseluruhan tempat duduk dalam travell ni, jadi orang lain tak boleh masuk dan naik travell ni, kira macam kereta aku sendiri la, tapi punya super ( driver ) yang pandu travell ni.
Apa ke nama super ni aku pun dah lupa, kalau tak silap nama dia ( dora ) dia yang bawa aku ke imigrasi kat Padang ni, sampai di kantor imigrasi sekitar jam 9pg, lepas sarapan, aku terus call Pak evi iaitu kawan aku dari imigrasi pulau karimun di indonesia juga, aku cakap aku dah sampai ke imigrasi di Padang, dan Pak evi punyai boss di imigrasi padang iaitu Pak teguh, Pak teguh ex boss kepada Pak evi masa di pulau karimun, jadi urusan untuk buat passport ni agak mudah aku rasa, sebab ada orang sudi membantu, aku akhirnya berjumpa dengan Pak Pamuji, Pak Pamuji ni orang kanan pada Pak Teguh, dia yang akan uruskan semua perjalanan untuk mendapatkan passport wife aku, jadi aku masuk ke pejabatnya, dan Pak Pamuji memberitahu aku yang Pak teguh yang menyuruh dia selesaikan urusan mendapatkan passport, jadi lega sikit aku rasa.
Setelah penuhkan borang yang harus di isi, aku pulangkan kepada Pak Pamuji tadi, jadi harus tunggu je dia cakap untuk dapatkan passport, aku cakap passport nak kene siap hari ni gak, sebab esok nak gerak ke Pekan baru pula untuk ke Kedutaan besar Malaysia di sana, jadi urusan dah sampai jam 12tghari, diorang pun pergi break sampai jam 1ptg, aku pun ajak wife aku dan super pergi makan dekat depan kantor imigrasi kat sini, makan nasi Padang sudah kemestian kalau ke Padang, mesti makan nasi Padang, lauk menimbun aku cakap korang, sampai 20 jenis lauk pauk yang di hidangkan, macam-macam ada, selera terbuka, apa lagi sebat cukup-cukup, bagusnya nasi padang ni, mana lauk yang kita makan je diorang akan kira, jadi yang tidak disentuh, diorang akan simpan balik dan tak perlu dibayar.
Selesai makan 3 orang, rp35 ribu lebih kurang rm10, murah sangat makan kat sana, kalau kat malaysia tanahair ku ni, kalau 3 orang mentahkedarah agak-agak mau capai rm15 ke rm20, kalau kedai mamak, lu pikir la sendiri!, lepas makan masuk balik ke pejabat imigrasi, aku duduk di kerusi dalam kantor tu, tunggu wife aku ambil foto pula, lepas tu bayar duit passport Rp270 ribu, sekitar rm66 duit malaysia, lepas bayar kene tunggu lagi, jam dah hampir pukul 3 lebih waktu tu, aku cakap dalam hati aku sorang, lama betul dah tunggu ni, kenapa la tak siap-siap jugak, aku bangun terus ke kaunter tempat collect passport, jumpa dengan sorang pompan imigrasi ni, gemuk dan pendek orangnya, aku cakap dia passport wife aku bila boleh dapat, sebab pak Pamuji cakap boleh siap hari ni, tapi balas pompan tu, passport siap 3 hari waktu bekerja, berdesing telinga aku jadinya.
Jadi aku terus masuk ke pejabat Pak pamuji tu tadi, aku tanya dengan dia, bila boleh siap passport wife aku, dia cakap lagi di usahakan, tunggu ya, ok aku cakap, aku terus keluar, duduk balik kat kerusi tu, tunggu lagi apa citer seterusnya, selang beberapa minit, wife aku dipanggil dengan pompan gemuk kat kaunter tu, lama juga dia borak dengan wife aku masa tu, entah apa agaknya dia citer, aku mula suspek ada benda tak kene ni, tehn wife aku ajak aku keluar kejap dari pejabat tu, kat luar wife aku cite yang pompan gemuk tu tadi minta duit sogokan, sebab kalau nak settle cepat, anak-anak kantor ni nak minum kopi, paham-paham je la kalau dah citer macam tu, jadi aku biasa la, naik angin cepat punya, aku terus meluru masuk kat dalam aku jumpa pompan gemuk tu.
Kantor Imigrasi Padang, indah reka bentuk dalaman kantor ni, tapi kotor dan jijik dengan manusia yang baik mulanya, menjadi syaitan bila ingin memakan duit haram....Nauzubillah.
Aku cakap dengan pompan gemuk tu macam ni, takpa la kalau macam ni, tadi Pak Teguh ada telpon saya, kalau lagi 10 menet nga dapat passportnya, telpon dia balik, nanti biar dia uruskan lagi, terus aku keluarkan hanset dan keluar dari situ dengan wife aku, pura-pura nak telpon pak teguh, meluru dan berlari pompan gemuk tu kejar aku, dia cakap, pak jangan telpon Pak teguh pak, tak usah, itu semua bisa selesai, bapak jumpa Pak Pamuji dulu ya, nanti boleh siap passportnya sekarang juga, tunggu selang 10 menet, lepas Pak pamuji balik dari solat, aku terus masuk dalam kantor dia, terus dia serahkan passport wife aku, senang je nak gertak mangkuk-mangkuk tandas yang busuk macam diorang laknat ni, kerja nak main rasuah je, memang jenis mangkuk, aku naik angin satu badan, tapi bila Pak pamuji cakap, jangan susahlah semua aman aja, ya aman, lepas aku gertak baru dia cuak, banggang!
Lepas sign kat form tanda terima passport, terus aku ambik passport dengan wife aku, terus aku blah, hampeh betul punya orang-orang ni, nak cepat tapi pakai duit sebagai tuhan mereka untuk puaskan nafsu, masa tu dah jam 4 lebih aku pulang ke rumah, perjalanan jauh lagi, jam 6 lebih baru sampai rumah dengan membawa passport yang meninggalkan seribu pertanyaan, adakah manusia mampu lakukan apa saja kerana wang? adakah wang itu menjadi agama rasmi mereka? dan adakah wang haram sebegitu boleh menjadi darah daging dan menongkah langit? tepuk dada tanya selera, haram tetap haram, tapi yang halal jangan jadikan ia haram.....renung-renungkan.......