Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Sambungan dari Part 4, hari ketiga aku di Padang, 23 September 2010, sehari sebelum hari jadi aku, malam 22 September tu, selepas pulang dari bandar Padang atas urusan passport, sampai dirumah jam 6 lebih, lepas makan malam, aku tidur sebentar, kerana malam tu aku dan wife aku akan ke Pekan Baru pula untuk mendapatkan chop dari Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia, oleh kerana Padang terletak di Sumatera Barat, jadi urusan Kedutaan yang paling dekat adalah Pekan Baru, lebih kurang perjalanan mengambil masa 7 jam dari kampung tangah ( nama kampung mak mertua aku ni ) ke Pekan Baru.
Perjalanan sekali lagi yang memenatkan dan dengan misi penting aku gagahi juga dengan wife aku, sekali lagi aku menggunakan travell yang sama, bersama dengan dora ( super ) dan kawannya, kali ini dua super di perlukan, kerana perjalanan agak jauh, kalau ada dua orang super, mungkin boleh bertukar-tukar pemandu, agak bagus juga kalau begitu, jadi bayaran untuk travell kali ini agak mahal sedikit iaitu Rp1 juta = Rm354 termasuk minyak dan makan super tu, sama juga dengan apa yang aku ambil tempoh hari, iaitu aku ambil keseluruhan tempat duduk travell tersebut, jadi aku dan wife aku saja, kerena aku pentingkan keselesaan, kalau penuh dengan orang dalam travell tu, susah juga, tak dapat nak tidur, dan rest dengan rileks.
Ini yang dikatakan Travell ( kete sewa )
Perjalanan dari kampung ke pekan baru bermula jam 11 malam, dan dijangka tiba di pekan baru sekitar jam 7pg, atau awal dari itu, sangkaan aku tepat, jam 6 lebih kami dah sampai di pekan baru, masih gelap gelita lagi waktu, singgah sebentar dia sebuah kedai makan dan minum kopi sebentar, 2 orang super tu nak makan, jadi bagi diorang makan, nak rokok bagi diorang rokok, apa lagi diorang nk, takda, jadi bila semua dah siap makan, teruskan perjalanan lebih kurang 3 km lagi, kami sampai di Kedutaan Malaysia di pekan baru, jam baru 7pg lebih, Kedutaan tersebut buka operasinya jam 9pg, perghhh lama nak menunggu, apa nak buat terpaksa menunggu, jadi aku keluar dari travell, duduk kat luar, ada kedai makan, tapi kedai tu belum buka lagi, masih tgh setup-setup nak buka kedai.
Kedutaan atau Konsulat Malaysia di Pekan Baru.......
Jam 8 lebih, kedai makan tu baru buka, pesan kopi lagi, duduk menahan mata pedih mengantuk lagi, wife aku tidur dalam kereta, super tu tidur tepi kaki lima, tujuan ke Pekan baru adalah untuk mendapatkan pengesahan bahawa aku ingin menikah dengan orang luar di indonesia, kalau bernikah di malaysia, aku cuba harus pergi di kedutaan kita di negara kita je, so borang yang aku dapat dari JAIM kelmarin, harus diberikan kepada Kedutaan Malaysia kat Pekan baru ni untuk di chop dan disahkan, jadi jam 9pg, Kedutaan tersebut telah diserbu orang, ada je orang yang datang dengan urusan masing, aku pun turut serta untuk mendapatkan orang dikaunter untuk mendapatkan kerjasama mereka.
Tengok dalam kete tu, tergolek super tu membuta......
Aku berikan borang aku pada seorang hamba allah ni di kantor, dia bawa borang aku ke dalam untuk di chop dan di sign oleh boss dia, jadi harus tunggu lagi, jam dah hampir 11pg, baru borang aku di kembalikan dengan chop mohor dan signature boss diorang, bayaran cuma Rp80 ribu = Rm22.40, selesai urusan tersebut, aku pergi makan pula, perut dah lapar, perjalanan pulang nanti lagi jauh akan dirasa, jadi baik makan kenyang-kenyang, lepas makan aku dan wife dan super bertolak pulang dari Pekan baru jam 1ptg, sampai di kampung mak mertua aku jam 8mlm lebih, memang memenatkan tak terkata, lemah badan ni jadinya, urusan punya kejap kat Pekan baru, tapi perjalanan bukan main jauh, naik kereta pula tu, sakit semua badang, pening kepala dibuatnya.
Jalan bukan rata, naik bukit turun bukit, lalu jalan yang dipanggil ( lekok 9 ), lekok 9 ni ada 9 corner, corner dia kalau landai tak pe, ni naik bukit turun bukit, bawah pula jeram, ada air terjun lagi, bukan main dalam jeram tu, kalau jatuh dalam tu, selamat tinggal, tapi cuaca memang best, sejuk giler, lebih kurang macam genting highland, sedap mata memandang sebab ada bukit bukau, gunung ganang, dan air terjun sepanjang berada di jalan raya tu, suatu pengalaman yang menarik bagi aku, dan tak akan aku lupakan sepanjang hidup aku, sebagaimana punya susah untuk capai sesuatu itu dengan usaha, pergorbanan masa, kewangan dan ketabahan hati, kalau tanpa kesabaran, mungkin hanya separuh jalan, mungkin ada yang akan berpatah balik.....
Sambung lagi nanti ok, part ke 6.....tggguuuuuu