Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Sambungan dari part 5, hari ke-4 aku diPadang, 24 September 2010, hari ini hari jadi aku, genap 30 tahun usia aku, pada mulanya target aku untuk bernikah tanggal 24 hb sempena hari jadi aku, tapi kerana urusan di sini ( indonesia ) belum siap, jadi terpaksa aku tangguhkan lagi pernikahan aku, terpaksa mencari hari lain dalam tempoh masa 10 hari aku berada di Padang, orang 10 hari mencari cinta, tapi aku 10 hari di Indonesia, ntah apa lah nasib aku kat sini agaknya, itu yang sering bermain difikiran aku, dah lah aku sorang diri kat sini, takda siapa yang menemani aku, aku risau juga, risau kerana urusan nikah aku, dari segi lain, aku tak risau, aku berserah je pada allah.
Hari ke-4 ni, aku berjumpa dengan pakcik sebelah mertua aku, iaitu adik kepada mak mertua aku, nama dia Ungku, dia yang banyak membantu dalam urusan kat sini untuk pernikahan aku, sebab dia seorang ustaz, dan dia pula bekerja di Jabatan agama islam kat sini, jadi urusan untuk pernikahan aku dengan wife aku, aku serahkan bulat-bulat pada dia, biar dia yang uruskan, kat sini pun ada cara tersendiri, tanpa ada sedikit kelonggaran bab-bab kawen ni, jadi kene ikut betul-betul adat kat sini, adat tak boleh langgar harus dihormati, pertama perlukan borang pengenalan diri iaitu N1 & N2 untuk perjelasan tentang diri sendiri iaitu pengantin rakyat luar, harus ada gambar dan di matraikan ( setem ) dan ditandatangi oleh ketua kampung dan pejabat agama daerah.
Borang yang aku bawa dari JAIM tadi aku serahkan pada Ungku untuk di periksa dan dihantar ke pejabat agama disini ( padang ) dan akan dinilai dahulu, jadi urusan buat borang N1 & N2 tu je perlukan Rp300 ribu = Rm84, bila semua surat dah siap aku harus menunggu lagi apa langkah seterusnya dari pihak majlis agama indonesia di Padang, urusan mudah, tapi untuk diluluskan mungkin akan mengambil masa, jadi pada sebelah petangnya, aku ke sungai dan mandi disungai berhapiran dengan rumah mak mertua aku, lebih kurang 300 meter sahaja jauhnya, kebanyakkan orang kampung disini, lebih suka mandi dan membasuh pakaian di sungai, tau kenapa? sebab ia percuma dan airnya bagus sangat untuk mandi dan mencuci, air yang jernih dan bersih, menjadi pilihan masyarakat disini.
Sungai belakang rumah mak mertua aku, air sejuk, jernih lagi, memang best untuk mandi dan membasuh.....
Selepas mandi, aku tengok abg ipar, bapak mertua aku sibuk duk kat tepi kolam ikan belakang rumah, tempat diorang pelihara ikan, ikan talapia, kalau kat malaysia melambak harga murah sangat sebab orang jarang makan, tapi kalau kat indonesia, ikan talapia ni sampai puluhan ringgit sekilogram, jadi oleh itu ramai yang pelihara ikan ni, sebab harga mahal dan isinya agak sedap bila dibuat ikan bakar, sungguh menyeronoknya, bila tgk orang tangkap ikan, pakai tangan je tangkap ikan, takde main jaring or jala-jala ni, sebab ada sejenis ubat ni warnanya agak putih, bila dimasuk dan dikocakan kedalam air ikan akan mabuk dan lemas, jadi ikan tersebut timbul, dan mudah untuk ditangkap, satu pengalaman yang lain dapat aku melihatnya sendiri, hebat!.
Bakar ikan malam tu gunakan tempurung kelapa sebagai bahan pembakar ( api ), jika guna kayu api biasa, rasanya kurang enak, tapi kalau gunakan tempurung kelapa, isi ikan cepat masa dan bau ikan tidak busuk kerana bau kayu api, itu keunikkan yang ada juga, ikan harus dibakar dengan menggunakan perencah yang dibuat sendiri, kalau beli perencah yang dah siap tak sedap, jadi wife aku yang buat campuran rempah tu, dan bubuh kat ikan, perapkan sebenar, dan dah boleh bakar ikan tu, banyak gak ikan nak dibakar, tak cukup ikan, siap dengan ayam lagi, jadi prosess bakar je makan masa 1 jam lebih, baru lepas mandi, tehn bila bakar ikan, asap yang menerjah ke badan, habislah bau asap kat badan ni, terpaksa mandi lagi jawapnya.
Tempurung kelapa, menjadi bahan api untuk membakar ikan....
Ikan yang hendak dibakar, siap bakar dah boleh makan.......nyum..nyum....
Memang sedap kalau ikan bakar dimakan panas-panas dengan nasi putih panas, terasa aroma dan isi ikan fresh tadi, jadi lepas makan, mandi lagi, then masuk tidur, esok akan lagi kerjaan yang nak dibuat, harus banyak rehat, kalau tak badan mesti tak sedap jadinya....
Tggu sambungan Part ke- 7 seterusnya.....tggguuu ya ibu....bapak....