Assalamualaikum & Salam Mesra To All,
Hari ni hari ke 5 aku di Padang, 25 September 2010, suasana agak aman disini, takda apa-apa yang tak baik berlaku selama 5 hari aku di kampung mak mertua aku, layanan orang-orang tak sini semuanya baik, takda sorang pun yang masam muka dan buat bodoh bila kita berteguran, itu bagusnya orang kat sini, walaupun hidup susah, rata-rata bertani dan bercucuk tanam, tapi sifat rendah diri dan pemurah, menjadikan aku selesa selama 5 hari disini, di sini rata-ratanya semuanya pesawah, mereka bertani menanam padi untuk makan sendiri atau dijual, itu pun kalau ada lebihan padi mereka, biasanya mereka rela simpan hingga setahun lamanya jumlah padi mereka untuk dimakan sendiri beras tersebut.
Kebun bayam bapak mertua aku, segar-segar bayam dia....
Bayam yang dah dicabut, akan dihantar ke pasar keesokkan harinya untuk dijual sendiri oleh bapak dan mak mertua aku.
Hari ni aku masih lagi menunggu balasan keputusan bila aku boleh bernikah dengan wife aku, tak tau nak buat apa kat sini, kawasan kat rumah mak mertua aku ni kan kampung, takda apa-apa yang boleh di buat, cuma jalan-jalan ke sekitar kampung, tengok sungai, tengok lembu, tengok kerbau, itu je yang ada, ada pun aku ke kedai kopi berhampiran, duduk lepak pekene kopi, ngantuk aku balik rumah tidur, tu kerjaan aku, apa yang nak dibuat lagi, bapak mertua aku ada kebun menanam bayam, kebun ni memang besar, penuh dengan sayur bayar, untuk seikat bayam yang dijual Rp2 ribu = Rm0.50 je, murah kan.
Aku nak cuba menolong bapak mertua aku untuk cabut bayam dan dijual, tapi selalu dilarang oleh mak mertua dan abg ipar aku, diorang suruh aku rehat je, tak payah buat kerja, kadang-kadang boring juga bila takda kerja, duduk-duduk, lapar makan, ngantuk tidur, bangun makan tidur, tu je keje yang aku buat dalam satu-satu hari tu.
Petang tu Ungku datang ke rumah mak mertua aku, pada 27 September, iaitu 2 hari lagi, aku akan bernikah, jadi segala persiapan harus dilakukan segera, untuk pernikahan aku dengan wife aku, mak mertua aku yang paling sibuk membuat persediaan, panggil orang kampung dan buat kenduri nanti, beli lauk pauk kat pasar, keluarkan periuk belangga, semua untuk buat persiapan dalam 2 hari ni, sebelum bernikah, jadi baru terasa sedikit kemeriahan rumah mak mertua aku, ramai ahli keluarga yang datang membantu membuat persediaan.
Sambungan Part ke - 8 nanti semakin hebat....tgguuuuuuu