Salam to all & good day,
Assalamualaikum To All,
Lama tak mengupdate blog, asyik postkan entry dari mail sharing pada korang semua, ermm, this time my first Aidilfitri to me & with my lover wife, memang rasa seronok tahu ni dapat beraya since aku dan pun memeluk islam hampir setahun ni, dapat merasa puasa dengan erti tersendiri, memang penat berpuasa ni sebenarnya.
Tahun ni raya dan apa erti raya pada aku, tahun ni isteri aku balik ke kampung di Padang Indonesia seorang nanti, dan aku akan menyusul kemudian, bukan tak nak ikut, tapi kewangan tidak mengizinkan aku ikut sekali, biar la lambat sikit aku turut isteri aku, biar kewangan ada dan mencukupi baru balik, sekurang-kurangnya ada backup sikit dan kewangan kukuh, bukan sikit belanja balik kampung halaman ni, kalau duit paras-paras hidung ni, toksa la balik, memang tak cukup belanja nanti, jadi biar isteri aku balik dulu, dan aku kemudian.
Tahun ni aku tak beli sehelai pun baju raya, cukup la baju lama yang ada, cukup untuk raya kali ni, isteri aku pun dah dapat baju dari kampung, mak dia kirimkan, so takyah berbelanja besar untuk raya, yang penting tiap2 hari dapat makan secukupnya, orang-orang melayu ni suka sangat berbelanja besar, bak kata perpatah " biar papa asal bergaya ", bergaya la ko sorang-sorang, hutang sekeliling pinggang sampai penuh membusut, aku cuba berjimat sikit tahun ni.
Duit sekarang bukan senang nak cari, macam kerbau balau kerja baru dapat duit yang setimpal, kalau keje main-main alamatnya makan basic je, mana nak cukup belanja untuk hidup yang semakin sukar ni, harga barang semua semakin mahal, nak cakap apa kan, memang dah macam ni hidup, so nak tak nak tempoh je dengan redha, sabar la sikit, tahan nafsu ni dari memberontak terus nak itu dan ini.
Kuih raya pun beli sikit jer, janji ada, kalau dah habis tu habis je, memang tak kan beli lagi, sekadar ala kadar sahaja jadi la, nak beli sampai beratus ringgit pun tak cukup, lebih sapa nak makan, kawan-kawan yang datang pun kalau ramai maybe masak lain, aku jenis sempoi je, nak datang, datang lah, tak nak datang sudah, aku tak paksa, pintu rumah sentiasa terbuka, sekarang pun aku tinggal dekat dengan kilang, keje pun jalan kaki dalam 40 tapak dah sampai, so senang sikit nak pergi keje, jimat duit minyak, alhamdulilah.....
itu je aku nak share dengan korang, lebih-lebih takda, tunggu aku menaip lagi bila ada kelapangan nanti ok.
Untuk semua rakan-rakan MUSLIM, yang balik ke kampung tu, " Berhati-hati dijalan raya "
Pandu pelahan-pelahan je, tak payah nak excited sangat nak beraya, budak-budak iya la excited, yang ko tu dah tua bangka tu apa hal?
So saya ucapkan " Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Dan Batin " pada anda semua....
Bergembira la dihari raya pada tahun ini.....
Wassallam....
From
Rickywan @ Muhamad Irwansyah