Salam to all & good day,
Betul ke lori sampah ni lori penyakit? 90 peratus mengatakan lori sampah memang lori membawa penyakit, sakit apa? sakit hidung, perhatikan betul-betul lori sampah kat malaysia, kalau di teliti baik-baik lori sampah ni seakan-akan lori yang tidak terjaga dan terurus langsung, asyik nak kaut untuk, semua sampah diselongkar, dikoyakkan kan plastiknya nak cari tin aluminium, nak cari botol plastik dan besi buruk dan lain-lain.
Tapi hakikatnya, dalam tidak sedar lori sampah menyusahkan orang lain, tengok depan rumah tu, ada je lori sampah, ade juga air busuk dan hanyir tentu ada depan tar rumah tu, bau memang teruk, heran kenapa air busuk ni tetap diorg nak pam depan rumah orang, sedangkan dah tahu air tu membawa pelbagai penyakit dan kuman jika ia kering dan air busuk tu kering boleh memuntahkan orang!
Aku pernah tgk kat tv la, citer mr bean, dalam citer tu mr bean siap masuk dalam lori sampah nak cari bola golf dalam tu, kalau tak silap kalau lori sampah tu besih giler, cara diorg kutip sampah pun seorang je yang kutip dan seorang je yang memandu, tapi tak tau la kalau tu betul atau tidak cara kutipan sampah kat sana, sedangkan mr bean boleh masuk dalam lori sampah, ni kan dia nak masuk lori sampah kita yang kotor dan berkerak tu.
Orang kerja kutip sampah ni mulia sebenarnya, kadang-kadang naik menyampah pun ada, kalau nak asingkan sampah pun jangan lah dekat jalan, pergi lah kat tempat lain then ko asingkan lah sampah-sampah tu sampai pagi pun takpe, ni lori dia dah besar gedabak, then duk tengah-tengah jalan halangkan jalan kita, memang menyampah betul.
Terfikir juga diorang ni kutip sampah atau selerakkan sampah? tu yang bikin sakit hati, bila sampah dengan sisa-sisa ayam, daging or lauk yang dah basi berlendir dan busuk tu dikoyakkan plastiknya, apa jadi? tu air busuk tu menitis meleleh kat kat jalan, tu yang bikin busuk keadaannya.
Lori sampah ni dan pekerja ni aku respek sebab diorg buat kerja mulia, tapi kalau dah sampai menyusahkan dan kebersihan terabai, aku anggap diorg ni gagal menyempurnakan kerja diorg yg telah diamanahkan….
Fikir-fikirkan…..