Salam & good day to all,
Alhamdulilah syukur dengan keizinan allah, aku masih lagi bernafas pagi ni, masih mampu bangun untuk bekerja lagi demi mencari rezeki untuk kehidupan keluarga aku dan isteri, itu sahaja yang aku mampu lakukan demi kehidupan ni, bangun kerja, then balik tidur, kadang-kadang kasihan juga aku pada isteri aku yang ada kat rumah, boring-boring dan boring, itu ungkapan yang selalu dia cakap pada aku.
Tapi aku tak mampu nak turutkan apa yang di perkatakan oleh isteriku, sekadar aku jalani hidup aku dengan 90% bekerja, seminggu 7 hari, sehari 12 ke 13 jam bekerja, penat memang penat, tapi kalau aku tak bekerja keras, banyak hutang yang nak dibayar dihujung bulan, gaji dah la tak besar, tapi kalau tak kerja lebih masa, memang x cukup, aku dah naik jemu dengan kerja sebenarnya, buat benak kepala ni semakin hari semakin penuh dengan sampah sarap kerja, but what to do? i must continue my work as my duty for daily.
Mengomel banyak pun, org tak kan tahu kesusahan kita, apa yang kita buat diorg boleh pandang dan gelengkan kepala then diorg cakap kasihan eh....tu je yang mampu mereka lakukan, selebihnya kita sendiri yang harus jalani hidup ni sebagai seorang manusia disisi allah, sebenarnya banyak perkara yang aku harus lakukan, dan tanggungjawap itu amat besar sekali pada aku, kadang-kadang naik serender aku dibuatnya, tapi bila pikirkan tentang wang, aku terpaksa bangkit dari katil walaupun setiap hari untuk bekerja, tapi aku puas aku mampu harunginya.
Mak dan baba yang paling banyak membantu aku, banyak berikan bantuan dari segi kewangan bila aku tersepit, dan nasihat-nasihat diorg aku mula dekati, kalau ikutkan dulu masa umur muda, kalau orang tua membebel kita pekak kan telinga, tapi bila sekarang umur dah meningkat, segala nasihat yang diorg beri tu adalah amat berguna sekali, rasa menyesal pun iya, tapi dah terlambat, memang terlambat.
Untuk pada sesiapa yang pernah aku sakitkan hati, dan pernah buat perkara yang tak baik pada diorg, aku minta maaf banyak-banyak, biarlah dosa-dosa aku yang aku lalukan di balas kelak di akhirat oleh allah, aku berserah pada allah untuk memberikan hukuman bagi aku, aku ikhlas dan sanggup di hukum dengan kesalahan aku dimuka bumi ni.
Hari ni hari jadi aku ke - 30, aku sorg je kat sini, dan isteri aku di padang indonesia, sedih dan sayu ada juga, tapi nak buat macam mana, aku sabar je, thanks to my wife, dia sms aku semalam, dan aku pun call dia semalam, rindu dia , sayang dia....., love u syg.....
Akhir sekali, thanks to allah, subhanallah, alhamdulilah atas limpahan kurnia nikmat mu di dunia ini, terima kasih allah, kerana berikan aku ujian ini untuk terus hidup dan berikan aku kehidupan yang baik di muka bumi ni.....
Alhamdulilah.....