Askm Saudara Pengarang,
Sejak kebelakangan ini di Melaka khususnya, semakin hari semakin banyak modifikasi tentang kereta dan motosikal yang kelihatan tidak terkawal, terutama modifikasi terhadap bunyi kenderaan itu sendiri, yang paling menyakitkan hati dan telinga adalah tentang bunyi bising yang di keluarkan oleh kenderaan, baik motor mahupun kereta.
Bunyi bising yang di keluarkan dari EKZOS kereta dan motor yang telah di ubahsuai semata-mata untuk kelihatan lebih garang, sebenarnya menggangu ketenteraman masyarakat sekitar, terutama di kawasan taman-taman, ekzos yang telah diubahsuai benar-benar mengeluarkan bunyi yang terlalu bising, sehingga menyakitkan telinga, ada waktunya ketika menonton TV, jika bunyi ekzos yang terlampau kuat sehingga tenggelam suara TV dibuatnya.
Mohon agar Pihak Polis atau JPJ harus melakukan sesuatu terhadap perkara ini, sejak kebelakangan ini nampak kurang pemantauan dari pihak-pihak ini, sudah tiba masanya pihak tersebut mengambil serius tentang perkara ini, saman atau sita harus dilakukan, agak mereka serik sebagai pengguna lalulintas harus mempunyai kesedaran terhadap bunyi bising yang dilakukan mereka, mereka seharusnya hormat kepada orang lain, lebih-lebih lagi orang ramai yang tidak perlu mereka sakiti.
Pengguna kenderaan tersebut harus mempunyai kesedaran, bahawa jalanraya bukan litar untuk berlumba, jadi kenapa harus mempunyai kenderaan yang mempunya tahap bunyi yang melampau pada kenderaan mereka, kalau nak sedap bunyi pun berpada-pada la, jangan sampai orang sekitar nak tidur pun terganggu dan belum lagi yang mempunyai anak-anak kecil.
Mungkin mereka semua harus berada di situasi sebaliknya, baru mereka mengerti bagaiman keperitan telinga akibat bunyi bising itu sendiri.
Berikut adalah tahap kebisingan bagi sesuatu kenderaan atapun barang:-
From
Bro Rickywan Melaka