Dari email sorang sahabat....
Assalamualaikum WBT,
Selepas makan tengahhari tadi saya menerima satu panggilan telefon dari no +392640176. Agak pelik nombornya. Mula malas nak jawab tapi terjawab juga panggilan tersebut.
Apabila saya menjawab panggilan tersebut keluar suara yang telah dirakam seperti voicemail berbunyi "You have outstanding balance RM7,388.00 from Eon Bank account. Please press 0 to repeat or press 9 to talk with an operator". Lebih kurang begitulah bunyinya. Agak cemas bila dikatakan hutang tertunggak terus saya tekan 0 untuk mendengar kembali pesanan. Tetapi panggilan saya terus disambungkan kepada operator yang dimaksudkan.
Yang menjawabnya seorang lelaki cina. Dia dengan lemah lembutnya bertanya "Apa yang boleh saya bantu encik?" Saya yang agak terkejut dengan panggilan tersebut terus bertanyakan ini panggilan dari mana? Dia menjawab dari Customer Service Eon Bank. Saya terus bertanya tentang mesej yang saya terima dari voicemail tersebut dan dia meminta no IC saya untuk membuat semakan. Setelah membuat semakan 'konon-kononnya' dia mengatakan yang saya ada hutang kad kredit yang tertunggak selama 3 bulan sebanyak RM7,388.00. Mak aiii... Biar betul? Bila pulak saya apply kredit kad Eon Bank? Dia menjawab kad kredit ini baru lagi.
Huh.. Tak puas hati saya meletakkan telefon dan terus menelefon rakan saya yang bekerja di Eon Bank. Setelah dia membuat semakan melalui no IC saya ternyata, no IC saya tidak ada pun dalam senarai. Habis bagaimana pula dengan panggilan tadi tu? Confirm panggilan palsu.
Risau setelah saya mendedahkan nama dan no IC saya, saya membuat panggilan ke Bank Negara untu membuat pertanyaan. Pegawai bertugas menjawab jika hanya nombor IC yang didedahkan, tidak akan jadi apa-apa masalah. Melainkan kita ada mendedahkan maklumat lain seperti nombor akaun ataupun nombor kredit kad. Pheww... Lega...
Semakin licik mereka ni membuat penipuan. Diharapkan anda semua tidak tertipu dan tidak mendedahkan apa juga maklumat yang diminta. Dan diharapkan juga pihak polis dapat mematahkan perjalanan sindiket ini yang tidak pernah berhenti dari terus menipu orang ramai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone