Telok Kemang – Penutup periuk digunakan oleh seorang warga emas untuk dijadikan antena televisyen di rumahnya dan ternyata ia dapat memberikan liputan siaran yang sangat jelas.
Warga emas berkenaan, V Mutumany, 62, berkata, dia pada awalnya hanya mencuba mengubah suai penutup periuk yang tidak digunakan lagi untuk dijadikan antena selepas antenanya patah akibat ditiup angin.
“Wayar untuk antena disambung terus ke penutup periuk dan digantung di bahagian atas rumah.
“Siaran televisyen sangat jelas dan saya boleh menonton televisyen seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
Mutumany berkata, dia sendiri tidak menyangka ideanya itu sangat praktikal dan membawa kebaikan