Salam to all & good day,
Hari minggu lepas, aku dan wife aku berehat dihujung minggu dengan mengunjungi muzium samudera di melaka raya, kawasan yang baik dan ada juga yang buruknya, yang baiknya kawasan melaka raya ni banyak tempat bersejarah dan tempat yang cantik untuk di kunjungi, dan yang tak baik nyer, kawasan ni juga tempat banyaknya manusia melupakan dunia, tempat untuk berpoya-poya, tempat untuk minum sampai mabuk dan tempat runtuhnya maruah dan moral seseorang, pub dan disco di tempat ni tumbuh bak cendawan, jika malam minggu jangan lah masuk kedalam bandar, sure jem teruk, memang menyakitkan hati je kalau time jem-jem macam ni di hujung minggu.
Berbalik pada kunjungan aku semasa di muzium samudera, berdepan dengan muzium samudera terletaknya tempat menjual barang-barang kraf tangan dan makanan ringan yang dijual di tepi-tepi jalan dan di bangunan yang besar tersergam indah di situ untuk di kunjungi,kebetulan nak buang air pula masa tu, jadi masa nak cari tandas tu jalan bukan nya sikit jauh, jumpa toilet then depan toilet tu ada meja dan tertulis dengan kertas bayaran 30 sen untuk sekali masuk, then takde pula orang yang jaga kat situ,jadi daripada menunggu orang yang jaga toilet, then terus aku masuk, macam biasa, kebanyakkan tandas awam korang tau kan macam mana bau nya?
Harum, harum semerbak harum bau hancing yang paling teruk aku hadapi dalam hidup ni, tandas dah la lantai dia basah, licin, kotor, dan berbau, mau tak mau, nak buang air sebab dah tak tahan, tahan kan je la bau hidung tu. Bila tengok situasi tandas dengan air kencing tidak dipam, dan berbau, aku cuba siasat dengan bila aku tengok, sah memang kencing tak berpam, itu yang membuatkan air yang tidak mengalir dan air kencing bertakung akibat pam di tandas tidak berfungsi, ini membuatkan bau seharum kencing meyelubungi seluruh tandas, pintu tandas juga rosak, sukar nak ditutup.
Pam Tandas Rosak, Air kencing bertakung dan busuk.
Jadi kalau sekali masuk 30 sen, dan begini lah keadaan tandas awam yang disediakan, kita jangan bayar, kalau bayar pun takda makna dengan servis yang sebegini buruk, kemana duit ini semua pergi dan disalurkan? dipoket manusia yang tidak bertanggungjawap? mendukacitakan dan sayang sekali, kawasan tumpuan pelancong jadi sebegini rupa, sepatutnya kerajaan negeri melaka harus betanggungjawap menjaga kawasan tumpuan pelancong dengan sebaik mungkin, pastikan semua prasarana disini dijaga dengan rapi dan baik, kalau tak apa gunanya majlis perbandaran kalau tidak menjaga dan memulihkan alam sekitar dengan baik, agar pelancong tahu bahawa ini adalah bandar warisan dunia yang terbaik, ini harap pada nama sahaja negeri melaka maju, bandara moden, tapi hancur!!!
Makin lama makin mundur, bukan makin lama makin maju, kesia tengok ali rustam, kalau dia jadi ketua, jangan lah fokus benda lain, fokus tempat tempat perlancongan ni, agar semua didalam keadaan baik, kalau betul-betul fokus dan serius dengan menjaga tempat2 macam ni, sure melaka memang maju dan kaya raya, sebab pelancong datang dan nak datang lagi, ini kalau dah sebegini rupa, siapalah nak datang lagi ke negeri melaka macam ni, kalau aku sebagai orang luar pun aku datang sekali je, tak ingin aku nak datang lagi lain kali.
Fikir-fikirkan lah, jangan nak kaut keuntungan yang besar, tapi dalam masa yang sama keadaan jadi huru hara macam ni, kesian orang-orang yang berniaga kat situ, masing-masing nak menjual barangan dan berniaga, tapi kalau macam ni ragam nya, nampaknya rezeki peniaga-peniaga kat sini akan tergugat dan sedikit demi sedikit akan hilang....
Renung-renungkan la.......
Inilah maju dalam 'mode' atau budi budaya kita.