Salam & Good day to all,
Kalau di lihatkan gelagat Namewee di dadalam klip video diatas di youtube,
Memang ada kebenaran mengapa pengarah muda Namewee merasa panas dan sakit hati bila penulis dari Utusan Malaysia iaitu Fauziah Arof mengutuk terhadap kredibiliti Namewee terhadap filem pertamanya, didalam petikan didalam penulisan Fauziah berbaur begini-
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Lihat sendiri artikel yang di siarkan di utusan malaysia pada 21.09.2011 oleh Fauziah Arof di sini
Adakah jika pembuat, pengiat, penulis dan pengarah mahupun tuan empunya filem di kutuk sebegini tidak melenting, saya rasa tidak hanya Namewee sahaja yang akan melenting jika melihat dan membaca komen sedemikian rupa, malahan ramai juga yang akan tersinggung jika di perbuat sedemikian rupa, saya rasa penulis seperti Fauziah Arof tidak profesional dan berfikiran terbuka dengan menghentam orang berlandaskan peritiwa yang telah lepas, bagi saya Namewee hanya ingin menjadi pengarah muda yang mahu menunjukkan taring sebenar, bahawa beliau adalah antara pengarah muda yang berani menonjolkan potensi beliau sebagai pengarah dan tuan punya filem.
Saya tidak mahu komen dengan lebih panjang lebar, bagi kawan-kawan yg dah pun pergi tengok filem ni, ramai yang berpuas hati dengan nilai filem ini, jika filem ini tidak bagus, bagaimana pula adflin shauki, adibah noor dan datuk david mahu berlakun dalam filem ini, jom kita saksikan bersama filem ini di pawagan dengan segera dan nilaikan sendiri filem ini, walaupun saya sendiri belum berkesempatan untuk menonton filem ini sendiri lagi, insyallah dalam masa terdekat ni saya akan cuba untuk menontonnya di pawagam berhampiran......