Salam to all & Good Day,
Inilah kerja AirAsia, apa yang boleh kita lihat didalam gambar diatas, adalah beg / bagasi isteri saya yang telah di rosakkan dan di hancurkan oleh pihak bagasi di Airsia LCCT dan Di Pihak Airasia di Padang Indonesia.
Sakit hati diperlakukan sebegini, saya telah pun membuat laporan di pihak Airasia menerusi email berikut yang saya lampirakan di bawah ini:-
From: ricky wan
Subject: Fw: Bagasi Rosak / Di Hancurkan
To: plcomplaint@airasia.com, sumathiutamaseelan@airasia.com,
thanamraja@airasia.com
Cc: juhannis@mot.gov.my, mnazri@mot.gov.my
Salam Sejahtera Semua,
Tujuan saya menulis komplain adalah berkenaan dengan apa yang telah terjadi kepada bagasi beg isteri saya sewaktu beliau pulang ke Padang Indonesia pada 10 September 2011 kelmarin berlepas dari LCCT Kuala Lumpur ke Bandara Minangkabau Padang Indonesia.
Apa yang terjadi pada bagasi beg isteri saya adalah sewaktu tiba di Bandara Minangkabau Padang Indonesia, beg isteri saya didapati putus di tali pengikat beg, didapaki klip di lilitan beg telah pun putus, dan tiada lagi pengikat di sebelahnya, lihat gambar ( DSC02444 & DSC02443 )
Dan Pada 28 September 2011, sewaktu tiba di LCCT Kuala Lumpur dari
Bandara Minangkabau Padang Indonesia, didapati sewaktu ingin mengambil bagasi, didapati Zip di bahagian depan beg pula telah patah, seakan-akan telah disengajakan
untuk di patahkan dan dibuka, barangan didalam beg bertaburan dan berselarakan, lihat gambar ( DSC02441 & DSC02442 )
Dibawah ini saya sertakan butiran asas sahaja untuk di lakukan siasatan, jika inginkan maklumat lanjut, sila reply email ini semula apa butiran yang di perlukan kelak:-
Nombor booking - Q7CK8Z
Atas Nama Penumpang - Rani Dewi Ajis ( Isteri saya )
Saya bagi pengguna Airasia berasa sangat terkilan dengan apa yang telah terjadi kepada bagasi isteri saya, amat mendukacitakan sekali apa yang telah dilakukan oleh pihak Airasia.
Sila reply email ini, dan saya mahukan penjelasan dengan lebih lanjut, atau saya akan ajukan perkara ini kepada Biro Aduan pengguna Kelak jika tiada balasan dari pihak anda.
Terima Kasih
Daripada
Rickywan
Melaka, Malaysia
Memang menyakitkan hati, saya akan menunggu penjelasan dari pihak mereka, dan saya akan dapatkan apa yang dinamakan perjuagan hak asasi manusia....lawan tetap lawan......