This is what have been done by Airasia when their call the Low Cost Carrier Terminal - Part 6 - Update Laporan / Aduan Kepada Biro Aduan Pengguna
Salam to all & good day,
Dengan balasan email daripada pihak AirAsia yang sungguh mendukacitakan pada jam 2.30ptg smlm, dengan ini saya mengambil keputusan untuk langkah seterusnya iaitu dengan melaporkan hal ini kepada Biro Aduan Pengguna, atau lebih di kenali dengan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional atau Nasional Consumer Complaints Centre.
Laporan telah saya lakukan jam 5.20 smlm menerusi web site Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional dengan menggunakan cawangan E-Aduan.
Semua butiran peribadi saya telah saya sertakan, dan kini menunggu hasil aduan saya di balas oleh pihak Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional.
Berikut adalah keratan E-Aduan yang telah saya lakukan sebagai bukti kepada anda semua:-
Borang E-Aduan yang telah saya isikan:-
Dan setelah borang di isi sepenuhnya dan lengkap, ini hasilnya bila telah di hantar dan disahkan dengan mesej ini - Aduan anda telah diterima. Anda akan dihubungi oleh pihak NCCC dalam tempoh masa terdekat. Terima Kasih:-
Nampak seakan-akan usaha saya untuk mendapatkan pembelaan telah di permainkan oleh syarikat besar macam ni, tak mengapa, saya tidak akan berputus asa walaupun barang yang rosak tu murah, tapi nilai barang kita adalah hak kita, walau satu sen sekali pun duit kita keluar untuk mendapatkan barang yang kita mahukan, kita masih ada hak.
Jangan takut kalau nak tegakkan kebenaran, jika kebenaran itu bersama dengan kita, selagi kita jujur dan ikhlas, teruskan lawan, lawan tetap lawan, tidak hari ini kita lawan, kita lawan esok, kalau tidak esok kita lawan, kita lawan tahun depan....lawan tetap lawan!!!!!