Bro Rickywan Melaka
Aktivis Hak Asasi Manusia


Kehidupan tidak semudah yang dijangka kan,meneruskan kehidupan adalah sesuatu keperluan, jangan gentar jika ditindas , jangan mengalah jika tertewas, bangkit dan terus maju ke hadapan,pasti ada sinar yang menanti....
Photobucket
myspace layouts

"Rakan-rakan sekalian, Jika anda seorang yang perihatin, dan ingin hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa alam, sila klik di gambar sebelah atas ini ( Tabung 1 UNTUK ASIA ), membantu demi sesama manusia & insan di muka bumi ini..."


|Tagged| |Mudah| |Facebook| |Friendster| |Yahoo| |Google| |TvLive| |Twitter|

Friday, November 4, 2011
Mistri Lebuhraya Karak.


Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.


1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak lori yang kepenatan berenti pada waktu malam (tidur). Dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”...

3.Volkswagen kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. Ia akan potong kereta korang,dan selepas itu dia akan bawa perlahan. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…....

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku dirumah tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang (Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus…...


KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.


kereta yang di jumpai
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. “Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.


usaha mengangkat
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!


JALAN LAMA KARAK

1.Cerita seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih canti. Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?...


jalan lama karak
4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Berikut merupakan senarai hantu yang biasa muncul dan menjadi buah mulut oleh penduduk terdekat:

Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).


ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU.

GURUN,KEDAH

SUNGAI PETANI – Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluarPlaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

kancil yang terbabas
Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

“Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

“Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi,” dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
 
posted by Rickywan at 5:19 AM | Permalink |


0 Comments:


Anda boleh terus membaca paparan untuk bulan ini, dengan hanya klik Disini

Dan jika anda mahu melihat paparan yang seterusnya, sila pilih bulan, di bahagian ARCHIVES! di sebelah kanan blog ini. Terima Kasih, Sila Dtg Lagi....
Google
 
Image header © Bro_Rick | Layout design by UjangMD
/* Theme Name: Manhattan Theme URI: http://www.manhattanray.com/manhattan Description: Manhattan 4.2 Version: 4.2 Author: Manhattan Ray Tags: black, white, fixed-width, right-sidebar */ body{ margin:0; font-family: Arial, Helvetica, Georgia, Sans-serif; font-size: 12px; text-align: left; vertical-align: top; background: black; color: white; } body,h1,h2,h3,h4,h5,h6,address,blockquote,dd,dl,hr,p,form{ margin: 0; padding: 0; } #wrapper{ margin: 0 auto 0 auto; width: 1001px; height: 100%; overflow:hidden; padding: 0; text-align: left; background: silver; } #container{ float: left; width: 702px; height: 100%; overflow: hidden; margin: 0 10px 0 20px; display:inline; /* because IE doubles set margins */ font-family: "trebuchet ms",times,arial; font-size: 14px; } #header{ width: 680px; height: 330px; padding: 10px; background:url (http://talianhayat.com/wp-content/uploads/2011/01/redas1.jpg); border: 1px solid black; border-top: 0; margin-bottom: 10px; } /* start: pagemenu */ /* NOTE: Unlike most Suckerfish dropdowns */ /* This code uses the pagemenu division as the */ /* relative datum, not the top list items */ /* Be aware of this, if you play with the pagemenu codes */ #pagemenudiv{ width: 702px; height: 22px; background:#242424; position:relative; } #pagemenudiv ul{ margin: 0; padding: 0; list-style-type:none; } #pagemenudiv ul li{ float:left; text-align:center; } #pagemenudiv ul li a{ display:block; height: 18px; padding-top:2px; padding-left: 5px; padding-right: 5px; border: 1px solid #242424; float:left; font-size:14px; font-family: times,arial; font-weight: 500; text-decoration:none; text-transform: uppercase; color: white; } #pagemenudiv ul li a:hover{ background: white; color: #242424; } /* sub pages below */ #pagemenudiv li ul{ position: absolute; display: none; background: black url(graphics/submenubg.jpg); width:702px; height: 25px; top: 22px; left: 0px; } #pagemenudiv li > ul{ top: 22px; left: 0px; } #pagemenudiv li.over ul, #pagemenudiv li:hover ul{ display:block; } #pagemenudiv li ul a{ border: 1px solid black; font-size:16px; padding-top: 2px; height: 20px; text-transform: none; background: black url(graphics/submenubg.jpg); color: #bbb; } #pagemenudiv li ul a:hover{ background: black url(graphics/submenuhoverbg.jpg); color: #242424; } /* end: pagemenu */ #content{ width: 702px; color: black; } /* start: sidebar codes, except for calendar and links */ #sidebar{ float: left; width: 227px; border: 1px solid black; padding: 10px; background: #e8e8e8; margin: 10px 20px 10px 0; display:inline; /* because IE doubles set margins */ color: black; } #sidebar ul{ list-style-type: none; margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; } #sidebar ul li{ margin: 5px; padding: 10px; background: #555; color: #ccc; } #sidebar ul > li{ border: 1px solid black; } #sidebar ul li li{ border: 0px; } #sidebar ul li h2{ background: black url(graphics/sidebarh2bg.jpg); height: 17px; padding-top: 1px; padding-left: 5px; font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 14px; color:#242424; } #sidebar ul ul li{ padding: 0; line-height:24px; } /* end: sidebar codes, except for calendar and links */ #footer{ clear:both; width: 993px; padding:4px; position:relative; background: #323232; color: #bbb; } span.footercredits{ position: absolute; left: 410px; } /* start: anchor/link codes, except for page menu */ #header a{ text-decoration: none; color: #bbb; } #header a:hover{ text-decoration: overline underline; color: #fff; } #content a{ text-decoration: none; color: #343434; font-weight: 600; } #content a:hover{ text-decoration: overline underline; color: #000000; } #sidebar a{ text-decoration: none; color: #ccc; } #sidebar a:hover{ text-decoration: underline overline; color: white; } #footer a{ text-decoration: none; color: #bbb; } #footer a:hover{ text-decoration: underline overline; color: white; } /* end: anchor/link codes, except for page menu */ .aligncenter, div.aligncenter { display: block; margin-left: auto; margin-right: auto; } .alignleft { float: left; } .alignright { float: right; } hr{ border: 1px solid #484848; } acronym{ color: #484848; font-weight: 600; } blockquote{ border-top: 1px solid black; border-bottom: 1px solid black; padding: 10px; margin:10px; background: #b0b0b0; } h1{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 24px; padding: 0 0 10px 0; } .post{ padding: 10px 0 10px 0; } .post h2{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 18px; } .entry{ line-height: 18px; } p{ padding: 10px 0 0 0; } p.postmetadata{ border-top: 1px solid #444; border-bottom: 2px solid black; margin: 10px 0 0 0; } .navigation{ padding: 10px 0 0 0; font-size: 14px; font-weight: bold; line-height: 18px; } table#wp-calendar{ width: 100%; } .comments-template{ margin: 10px 0 0; border-top: 1px solid #ccc; padding: 10px 0 0; } .comments-template ol{ margin: 0; padding: 0 0 15px; list-style: none; } .comments-template ol li{ margin: 0px; line-height: 18px; padding: 10px; border-bottom: 1px solid #444; } .comments-template ol li.alt{ background: #aaa; border-bottom: 1px solid #444; } .comments-template h2, .comments-template h3{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 16px; border-bottom: 1px solid black; } .commentmetadata{ font-size: 12px; } .comments-template p.nocomments{ padding: 0; } .comments-template textarea{ font-family: Arial, Helvetica, Georgia, Sans-serif; font-size: 12px; } .comments-template img{ border: 1px solid black; }