Salam to all & good day,
Hari ni nak bercerita tentang kehidupan orang zaman bercinta cintun dahulu, selalunya masa bercinta, sang lelaki ni sanggup keluar duit semata mata nak belanja awek dia makan, makan pula ditempat-tempat mewah, jadi walaupun sanggup belanja yang banyak, tak kisah bagi diorang, yang penting dapat bawa awek pergi makan, tapi kalau orang perempuan selalu perasan, ada alasan yang diberikan dibawah semasa korang makan dengan dia.
1) Kalau awek dia order makan mahal-mahal dan banyak, selalu lelaki terkedu pandang muka pompan tu, dalam hati tuhan je yang tahu, aduhhhh banyak betul dia order, cukup ke tidak duit ni, bajet dah ciput, tapi makan kat sini mahal pulak, hehehe....
2) Lepas awek dia order, dia pulak cakap tak nak makan la, sebab alasan dia, dia dah kenyang makan kat umah mak dia masak tadi, siap bagi jenis lauk yang mak dia masak lagi, masak lemak cili api sedap tau mak abg masak tadi, makan sampai kenyang perut ni, padahal, perut dia kosong, dari pagi tak mencekik, tapi kerana takut duit tak cukup, dia matikan air je, cakap dia masih kenyang, haha.....bonggok!
3) Excuse me, abg nak pergi toilet jap, ini alasan paling jahat, dia bukan pergi toilet!, tapi dia call kawan dia, suruh kawan dia pinjam kan duit pada dia, cakap la alasan yang bermacam, tapi hakikatnya dia pokai dan tak cukup duit nak bayar bil nanti, hahaha....
4) Ini lagi jahat punya ayat, selalunya kalau order banyak-banyak makanan ni, keluar la semua ayat sakit hati di mulut laki ni, selalunya ayatnya berbunyi begini, awak order banyak-banyak ni larat ke nak habiskan???, ayat satu lagi yang paling hawau, awak makan banyak-banyak ni tak takut gemuk ke? hahaha, ayat cover line, takut bajet lari der......hihi
5) Alamak, mana beg duit i ni, tinggal ke, aduhhh, yg, pinjam abg duit dulu, abg tak bawak dompet la, aduhhh macam mana boleh tinggal ni, ayat ni selalu kita dengar, bila laki tu nak cabut lari dari bayar makanan yang di makan oleh awek tadi, dalam hati dia cakap, dah la dia makan sorang, aku pulak nak bayar ke, akal baik punya....haha
6) Yang paling teruk, datang bersama untuk makan bersama, tapi bila balik, dia balik sorang, tinggalkan awek tu sorang-sorang, dia terus cabut lari, tak sanggup nak tebalkan muka sebab tak hasil nak bayar bil makan, jadi cara terbaik, jalan terbagus, terus lesapkan diri, off hanset dan tukar nombor telepon baru, ( tapi bergantung kalau awek dia cun, mesti dia stay nyer, kalau tak cun, selamat tinggal bunga ku, hihihi )
Macam-macam ragam sebenarnya lelaki ni, kadang-kadang tak berhasil, tapi nak juga makan tempat-tempat mewah ni, tapi bila nak bayar lepas makan, bil dah beratusan ringgit, muka pun dah naik biru pucat lesi, badan dan lutut pun dah ketar, baru teringgat tempat tu bukan mainan bagi dia, jadi kalau nak berlagak pun, tak payah nak sombongkan diri macam dia tu kaya sangat, jadi manusia biasa sudah.
Kalau makan kat warong, belakang lorong pun, kalau awek tu sanggup dan sayangkan kita, pasti dia ikutkan je, kalau dia taknak makan kat situ, maka awek tu tengok duit korang je, ada duit sayang, tak da duit melayang ke selayang, hahahaha.....
Just sharing info dari kawan-kawan yang pernah bercerita dengan aku......ok kan?