Assalamualaikum & Good Day To All,
Hasrat hati memang nak berblog selalu, perkara rutin yang selalu aku buat jika ada masa terluang, berblog sejak tahun tahun 2006, pelbagai suka duka berblog telah aku alami, ada yang khianat dan hasrat dengki sehingga blog ni lenyap seketika pada tahun 2010, tapi akhirnya domain rickywan.blogspot.com dapat kembali didalam gengaman.
Hari ni aku nak kongsikan satu certia berkenaan cincin dan bawang besar, longgokkan bawang di pasar raya memang menarik minat kita untuk membeli, dalam suka kekedang ada duka, macam semalam, semasa membeli bawang, belek punya belek, punggah punya punggah, godeh punya godeh nak pilih bawang yang terbaik untuk di beli, siapa nak bawang yang busuk, jadi hendak tak hendak, terpaksa bongkar semua bawah dari bawah ke atas, dari kiri ke kanan, sampai dapat bawang yang baik, dalam tak sedar, cincin silver yang aku beli berpasangan dengan cincin isteri aku hilang, terlucut dari jari, aduhh!! panik sekejap, tak tau mana dah perginya cincin kesayangan aku dah pergi.
Terpaksa aku bongkar semua bawang tu, cari sampai dapat itu yang terlintas di fikiran, walaupun niat dalam hati memang tak akan jumpa lagi la jawapnya cincin tu lagi, teruskan pencarian kata aku, aku bongkar dan terus cari cincin, benar kata orang, kalau sesuatu benda tu milik kita pada hakikinya, pasti ia akan dapat kembali, tersorang diantara ratusan mungkin ribuan bawang, gila la kalau nak cari, sayangnya cincin tu tak dapat di gambarkan dengan kata-kata, aku cuba dan terus mencuba, akhirnya dapat jua kembali, puas dalam hati teramat sangat tidak dapat di gambarkan. Alhamdulilah.
Cincin silver tu aku beli masa tahun 2010, cincin murah tak la mahal sangat, tapi ada sesuatu di cincin tu kalau betul-betul di amati dengan mata kasar pun boleh tahu, jadi harga bukan menjadi isu, tapi kerana klasikalnya sesuatu benda itu kita akan berusaha untuk mendapatkannya dan menjaganya dengan baik dan sebaik mungkin.Masa mula-mula beli dulu cincin ne dengan isteri aku, cincin ni memang ketat kedudukkannya di jari manis di tangan kiri, tapi sejak kebelakangan ni cincin tu mudah terlucut dari jari ni, mungkin kerana punca turun berat badan mempengaruhi jari dan tangan aku, memang mudah sangat terlucut dari jari buat masa ni.
Itu baru cincin silver yang murah terperosok didalam celah-celah bawang, kalau cincin emas atau berlian terlucut dan hilang dalam longgokkan ribuan bawang bagaimana pula akan terjadi? adakah kita nak duduk kat pasar raya tu dan belek-belek satu persatu bawang tu? hahaha rasanya mungkin kita akan buat macam tu juga, kalau tak lenyap la cincin korang tu.
Moral untuk cerita ni,
Simpan cincin anda yang mahal tu dirumah jika sudah longgar, dan jangan sesekali cuba menyeluk tangan didalam longgokkan bawang, nescaya ada bahananya, hehehe.....