Bro Rickywan Melaka
Aktivis Hak Asasi Manusia


Kehidupan tidak semudah yang dijangka kan,meneruskan kehidupan adalah sesuatu keperluan, jangan gentar jika ditindas , jangan mengalah jika tertewas, bangkit dan terus maju ke hadapan,pasti ada sinar yang menanti....
Photobucket
myspace layouts

"Rakan-rakan sekalian, Jika anda seorang yang perihatin, dan ingin hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa alam, sila klik di gambar sebelah atas ini ( Tabung 1 UNTUK ASIA ), membantu demi sesama manusia & insan di muka bumi ini..."


|Tagged| |Mudah| |Facebook| |Friendster| |Yahoo| |Google| |TvLive| |Twitter|

Saturday, January 23, 2016
Asslamualaikum.....
Sempat jengok blog sat, lama x tgk blog sendiri, hihihhi nanti aku update lagi erkkkk,,,,,,
 
posted by Rickywan at 1:51 PM | Permalink | 1 comments
Tuesday, December 2, 2014
Alhamdulilah
Assalamualaikum, Alhamdulilah segala pujian hanya pada allah,
kesempatan juga akhirnya aku boleh berblog kembali, sekian lama blog ni terbiar, aku kembali akan cuba untuk aktif berblog kembali......



 
posted by Rickywan at 9:40 PM | Permalink | 0 comments
Friday, December 6, 2013
Karma Yang Hilang.....Part1
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua,
Alhamdulilah, Alhamdulilah, segala pujian hanya untukmu ya allah.

Lama sebenarnya tak update blog ni, ramai kawan blog pun, aku tahu ada juga yang dah berhenti berblog ni, mungkin masa mencemburi kita semua agaknya, tapi pada hakikatnya aku rindu sangat untuk berblog macam dulu, cuma terhadnya dan terbatasnya masa dan hubungan dunia luar, membuatkan aku mendiamkan diri seketika, insyallah mungkin akan berblog dengan lebih kerap hendaknya dan jika di berikan kesempatan, insyallah.

Ok,sebenarnya banyak benda dan perkara berlaku selama ini, cuma tidak aku kongsikan bersama kalian semua, banyak benda yang tidak bagus di kongsikan bersama, tapi seba sedikit aku akan kongsikan pada kalian semua, jika kalian sudi mendengar rintihan dan luahan aku di sini, insyallah akan aku kongsikan.

Selama ini semua yang aku anggap indah, rupanya indah khabar dari rupa sebenarnya, banyak benda yang aku anggap sempurna, tapi hanya debu-debu kotor yang menempel muka ini dan orang-orang itu, mungkin masa tu aku masih lagi belum sedar dan buka mata seluasnya, aku dah pun berhenti kerja di tempat kerja lama aku, hampir setahun lebih juga aku dah berhenti kerja, mungkin jodoh aku di situ mungkin lebih lama lagi, namun kerana perasaan cemburu ( bahasa sopan nya ) atau hati dengki dan busuk ( bahasa kasarnya ) yang membuatkan aku hanya mampu bertahan untuk 10 tahun di sana, alhamdulilah, syukur lama juga aku kerja kat situ.

Banyak sebenarnya org yang khianat aku kat situ, sabar dan sabar setiap hari tiada noktahnya, aku bertahan, dan kerana mampu bertahan, orang-orang itu melakukan kerja kotor pada diri aku, dia orang buat aku sampai tak ingat dosa dan pahala, tiada belas kasihan langsung pada aku, tapi selama ini, aku lah yang banyak membantu meraka diatas nama "Sahabat", tapi itu semua bukan di endahkan oleh mereka, malah terus-terusan membuat aku sengsara.

Melawan, dan terus melawan, tapi tak guna, nasi dah jadi bubur, diorg lagi kuat daripada aku sebenarnya, mereka gunakan taktik kotor dan keji, sehinggakan niat untuk berkerja setiap hari di padamkan hasrat itu, keji kan? tapi itulah hakikatnya orang melayu, tak puas hati je bila orang lebih baik daripada mereka, kasihan jenis org macam tu, whatever,tapi diorang lebih suka buat org sengsara daripada gembira,akhirnya aku terkulai,jasad masih ada, tapi jiwanya dah kosong dan hilang kegembiraan itu.

Ok la, nanti aku sambung lagi citer aku, citer sikit-sikit dulu yer...nak tau lagi tunggu yer.....hehehe




Assalamualaikum.......


 
posted by Rickywan at 7:29 AM | Permalink | 1 comments
Saturday, July 7, 2012
Antara Cincin & Bawang Besar
Assalamualaikum & Good Day To All,
Hasrat hati memang nak berblog selalu, perkara rutin yang selalu aku buat jika ada masa terluang, berblog sejak tahun tahun 2006, pelbagai suka duka berblog telah aku alami, ada yang khianat dan hasrat dengki sehingga blog ni lenyap seketika pada tahun 2010, tapi akhirnya domain rickywan.blogspot.com dapat kembali didalam gengaman.

Hari ni aku nak kongsikan satu certia berkenaan cincin dan bawang besar, longgokkan bawang di pasar raya memang menarik minat kita untuk membeli, dalam suka kekedang ada duka, macam semalam, semasa membeli bawang, belek punya belek, punggah punya punggah, godeh punya godeh nak pilih bawang yang terbaik untuk di beli, siapa nak bawang yang busuk, jadi hendak tak hendak, terpaksa bongkar semua bawah dari bawah ke atas, dari kiri ke kanan, sampai dapat bawang yang baik, dalam tak sedar, cincin silver yang aku beli berpasangan dengan cincin isteri aku hilang, terlucut dari jari, aduhh!! panik sekejap, tak tau mana dah perginya cincin kesayangan aku dah pergi.

Terpaksa aku bongkar semua bawang tu, cari sampai dapat itu yang terlintas di fikiran, walaupun niat dalam hati memang tak akan jumpa lagi la jawapnya cincin tu lagi, teruskan pencarian kata aku, aku bongkar dan terus cari cincin, benar kata orang, kalau sesuatu benda tu milik kita pada hakikinya, pasti ia akan dapat kembali, tersorang diantara ratusan mungkin ribuan bawang, gila la kalau nak cari, sayangnya cincin tu tak dapat di gambarkan dengan kata-kata, aku cuba dan terus mencuba, akhirnya dapat jua kembali, puas dalam hati teramat sangat tidak dapat di gambarkan. Alhamdulilah.

Cincin silver tu aku beli masa tahun 2010, cincin murah tak la mahal sangat, tapi ada sesuatu di cincin tu kalau betul-betul di amati dengan mata kasar pun boleh tahu, jadi harga bukan menjadi isu, tapi kerana klasikalnya sesuatu benda itu kita akan berusaha untuk mendapatkannya dan menjaganya dengan baik dan sebaik mungkin.Masa mula-mula beli dulu cincin ne dengan isteri aku, cincin ni memang ketat kedudukkannya di jari manis di tangan kiri, tapi sejak kebelakangan ni cincin tu mudah terlucut dari jari ni, mungkin kerana punca turun berat badan mempengaruhi jari dan tangan aku, memang mudah sangat terlucut dari jari buat masa ni.

Itu baru cincin silver yang murah terperosok didalam celah-celah bawang, kalau cincin emas atau berlian terlucut dan hilang dalam longgokkan ribuan bawang bagaimana pula akan terjadi? adakah kita nak duduk kat pasar raya tu dan belek-belek satu persatu bawang tu? hahaha rasanya mungkin kita akan buat macam tu juga, kalau tak lenyap la cincin korang tu.


Moral untuk cerita ni,
Simpan cincin anda yang mahal tu dirumah jika sudah longgar, dan jangan sesekali cuba menyeluk tangan didalam longgokkan bawang, nescaya ada bahananya, hehehe.....





 
posted by Rickywan at 6:10 AM | Permalink | 0 comments
Friday, June 15, 2012
Sogok & Perut Buncit
Assalamualaikum & Salam To All,
Sogok, apa itu sogok? dan buncit apa itu buncit? kedua perkara ini seiringan sebenarnya, kalau tak kene sogok, maka adakah perut akan buncit? makan duit haram atas kepayahan orang lain, itu namanya makan duit haram jadah, akibatnya perut buncit, lebih teruk lagi makan dengan anak bini sekali, itu yang akan menyebabkan perut yang dulu ramping menjadi macam busut, penuh dengan dosa.

Ada kalangan perkhidmatan dalam negara ni memang memerlukan sogokkan atau perkataan lebih manis iaitu rasuah, duit haram yang menjadi tuhan di mata segelintir manusia, kalau x sogok, maka tak jadi la sesuatu benda tu, jika inginkan projek berjuta ringgit, maka rasuah yang menjadi bidaan tertinggi akan mendapat projek tersebut, jika ingin mendapatkan kerja yang baik, sogok baru boleh dapat kerja, kalau inginkan kelulusan segera bagi sesuatu perkara itu, sogokkan menjadi aset penting bagi sesetengah manusia tersebut, diorang tak kisah jika makan duit haram tu, janji untung berlipat kali ganda, kalau tak makan duit haram ni, badan diorang akan menjadi lemah, haha...

Ada sesetengah perkara itu perlukan sogokkan, kalau tak sogok tak dapat nak lulus segera, kalau tak sogok selagi tu kita di kerjakan, selagi tu jadi hamba orang, jadi babu orang, tapi harus di ingat, tuhan ada dimana-mana, maha melihat dan maha mengetahui, azabnya cukup dasyat, tapi manusia mudah alpa, ini bukan cerita kosong, ini apa yang terjadi pada masa sekarang, pasal duit semua boleh settle bro, takde duit lu pergi mampos, siapa nak tolong lu tanpa ringgit, rupiah tak main.

Tapi mana-mana negara pun rasuah ni tetap ada, aku pun dah pernah melaluinya dahulu, tak kisah lah, kalau bukan sogok dengan duit, dengan benda lain pun boleh gak, bukan nak cerita dan ngomong kosong, ini benar-benar terjadi, semua bangsa pun ada melakukan benda terkeji ni, kadang-kadang bukan yang gaji kecil selalu makan rasuah, pangkat datuk-datuk pun makan duit haram ni, makan duit atas keuntungan orang lain tanpa titik peluh sendiri, itu di kira duit haram juga, 1% ke hingga 100% ke, haram tetap haram.

Kalau tak sogok, boleh fail test, kalau dah sogok, tentu boleh lulus bang, haha, sogok duit, sogok tenaga, sogok body pun boleh bang, janji abg settlekan yer......haha, sial, pasal benda kecil pun nak sebat duit orang, rm10 ringgit pun nak sebat dan makan duit orang, korang paham-paham je dah le yer.....


Makan duit haram ni boleh, tapi lepas makan kentut tu bau macam bangkai, perut tu membusung macam sarang anai-anai, tunggu kasi pecah je tentu jalan, makan duit mcm ni tak selamat bro, tunggu kat neraka kita cerita ok bro......zas.............

p/s duit sogok ni datangnya dari perkataan apa eh? hahaha....




 
posted by Rickywan at 11:00 PM | Permalink | 1 comments
Thursday, June 14, 2012
Politik & Tempat Beribadat
Asallamualaikum & Salam To All,
Politik & Tempat beribadat, apakah bezanya dimata manusia dan orang politik?
Kalau bercerita tempat beribadat di pasang bendera parti politik, rasanya ramai yang akan marah, lebih-lebih lagi kalau masjid dijadikan sebagai pusat berpolitik, berceramah dan tempat menghentam orang dan ahli politik, lebih-lebih lagi jika parti politik pembangkang yang menjadikan pusat beribadat sebagai tempat berpolitik, mencemarkan agama, tidak bertamadun la, agama di politik kan la, dan bermacam kecamanan yang di lemparkan kepada parti politik tersebut, kalau parti politik pembangkang, pastinya ia akan menjadi topik hangat, keluar tv, keluar surat khabar dan hentam sana sini.





Gambar kat atas ni adalah bukti berlakunya politik didalam tempat beribadat, adakah pihak politik ini melakukan tindakkan yang wajar? adakah betul apakah yang dilakukan untuk memartabatkan politik di dalam negara ni? kenapa tiada suara-suara sumbang kedengaran didalam tv dan surat khabar? sebab kerana parti politik dari pihak kerajaan? dan bukan nya pembangkang kan? kalau pihak politik pembangkang dah lama diorang kene sepak terajang didalam media kan? tempat beribadat semua sama, tiada tempat beribadat yang boleh dijadikan tempat  berpolitik, kalau nak berpolitik dan meraih undi sekali pun, ia harus la mengikut cara yang betul, bukan bertindak sebegini rupa.

Ada pihak politik yang mempunyai akal, dan ada pihak politik segaja meraih dan mendapatkan sokongan dengan cara murahan.


Kenapa tak de benda macam ni disiarkan ti TV? surat khabar? sebabnya? korang sendiri fikirkan, dan jawapannya ada di mulut anda sendiri..............

So sad.......no hope........
 
posted by Rickywan at 8:09 PM | Permalink | 0 comments
Wednesday, June 13, 2012
Masih Mencari-cari
Assalamualaikum & salam to all,
Masih mencari-cari dan tercari-cari arah dalam kehidupan ni, masih banyak ranjau didepan menanti, hari demi hari aku mencari-cari dan tercari cari sesuatu yang terbaik dalam kehidupan ni, sukar dan semakin sukar, hari demi hari, waktu demi waktu, minit demi minit dan detik demi detik otak ni berlegar mencari sessuatu yang masih belum aku temui, bila tengok orang semua berjaya dalam hidup, segan juga aku jadinya, orang hidup dalam keadaan bahagia, macam senang je kehidupan orang, tapi kenapa kehidupan aku semakin sukar, kadang-kadang buat baik diterima jahat, buat jahat di terima baik pula, rasa pelik hidup dalam dunia ni, perasaan hasat dengki manusia ni sangat menebal, sukar untuk di kikis dan di buang jauh dari hidup manusia bermuka-muka ni.

Kadang-kadang pasal harta pun orang boleh bermusuhan dan berbunuhan kerana duit, kalau bukan kerana duit, semua akan menjadi baik-baik aja, tapi bila duit sudah menguasai manusia, semakin suka manusia membuat pertimbangan dalam hidup mereka, hingga menjerat diri kearah yang tidak baik, sedih tengok macam ni, tapi pada hakikatnya ini adalah kenyataan yang harus ditempuhi dalam hidup, kalau depan kita ayat bukan main manis, belakang kita tuhan sahaja yang tahu bagaimana dan apa yang terjadi, dalam lingkungan keluarga pun terjadi, inikan pula pada orang kebanyakkan, memang benar pepatah, bila siluncai terjun dengan labu-labunya
Read more »
 
posted by Rickywan at 10:18 PM | Permalink | 0 comments
Anda boleh terus membaca paparan untuk bulan ini, dengan hanya klik Disini

Dan jika anda mahu melihat paparan yang seterusnya, sila pilih bulan, di bahagian ARCHIVES! di sebelah kanan blog ini. Terima Kasih, Sila Dtg Lagi....
Google
 
Image header © Bro_Rick | Layout design by UjangMD
/* Theme Name: Manhattan Theme URI: http://www.manhattanray.com/manhattan Description: Manhattan 4.2 Version: 4.2 Author: Manhattan Ray Tags: black, white, fixed-width, right-sidebar */ body{ margin:0; font-family: Arial, Helvetica, Georgia, Sans-serif; font-size: 12px; text-align: left; vertical-align: top; background: black; color: white; } body,h1,h2,h3,h4,h5,h6,address,blockquote,dd,dl,hr,p,form{ margin: 0; padding: 0; } #wrapper{ margin: 0 auto 0 auto; width: 1001px; height: 100%; overflow:hidden; padding: 0; text-align: left; background: silver; } #container{ float: left; width: 702px; height: 100%; overflow: hidden; margin: 0 10px 0 20px; display:inline; /* because IE doubles set margins */ font-family: "trebuchet ms",times,arial; font-size: 14px; } #header{ width: 680px; height: 330px; padding: 10px; background:url (http://talianhayat.com/wp-content/uploads/2011/01/redas1.jpg); border: 1px solid black; border-top: 0; margin-bottom: 10px; } /* start: pagemenu */ /* NOTE: Unlike most Suckerfish dropdowns */ /* This code uses the pagemenu division as the */ /* relative datum, not the top list items */ /* Be aware of this, if you play with the pagemenu codes */ #pagemenudiv{ width: 702px; height: 22px; background:#242424; position:relative; } #pagemenudiv ul{ margin: 0; padding: 0; list-style-type:none; } #pagemenudiv ul li{ float:left; text-align:center; } #pagemenudiv ul li a{ display:block; height: 18px; padding-top:2px; padding-left: 5px; padding-right: 5px; border: 1px solid #242424; float:left; font-size:14px; font-family: times,arial; font-weight: 500; text-decoration:none; text-transform: uppercase; color: white; } #pagemenudiv ul li a:hover{ background: white; color: #242424; } /* sub pages below */ #pagemenudiv li ul{ position: absolute; display: none; background: black url(graphics/submenubg.jpg); width:702px; height: 25px; top: 22px; left: 0px; } #pagemenudiv li > ul{ top: 22px; left: 0px; } #pagemenudiv li.over ul, #pagemenudiv li:hover ul{ display:block; } #pagemenudiv li ul a{ border: 1px solid black; font-size:16px; padding-top: 2px; height: 20px; text-transform: none; background: black url(graphics/submenubg.jpg); color: #bbb; } #pagemenudiv li ul a:hover{ background: black url(graphics/submenuhoverbg.jpg); color: #242424; } /* end: pagemenu */ #content{ width: 702px; color: black; } /* start: sidebar codes, except for calendar and links */ #sidebar{ float: left; width: 227px; border: 1px solid black; padding: 10px; background: #e8e8e8; margin: 10px 20px 10px 0; display:inline; /* because IE doubles set margins */ color: black; } #sidebar ul{ list-style-type: none; margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; } #sidebar ul li{ margin: 5px; padding: 10px; background: #555; color: #ccc; } #sidebar ul > li{ border: 1px solid black; } #sidebar ul li li{ border: 0px; } #sidebar ul li h2{ background: black url(graphics/sidebarh2bg.jpg); height: 17px; padding-top: 1px; padding-left: 5px; font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 14px; color:#242424; } #sidebar ul ul li{ padding: 0; line-height:24px; } /* end: sidebar codes, except for calendar and links */ #footer{ clear:both; width: 993px; padding:4px; position:relative; background: #323232; color: #bbb; } span.footercredits{ position: absolute; left: 410px; } /* start: anchor/link codes, except for page menu */ #header a{ text-decoration: none; color: #bbb; } #header a:hover{ text-decoration: overline underline; color: #fff; } #content a{ text-decoration: none; color: #343434; font-weight: 600; } #content a:hover{ text-decoration: overline underline; color: #000000; } #sidebar a{ text-decoration: none; color: #ccc; } #sidebar a:hover{ text-decoration: underline overline; color: white; } #footer a{ text-decoration: none; color: #bbb; } #footer a:hover{ text-decoration: underline overline; color: white; } /* end: anchor/link codes, except for page menu */ .aligncenter, div.aligncenter { display: block; margin-left: auto; margin-right: auto; } .alignleft { float: left; } .alignright { float: right; } hr{ border: 1px solid #484848; } acronym{ color: #484848; font-weight: 600; } blockquote{ border-top: 1px solid black; border-bottom: 1px solid black; padding: 10px; margin:10px; background: #b0b0b0; } h1{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 24px; padding: 0 0 10px 0; } .post{ padding: 10px 0 10px 0; } .post h2{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 18px; } .entry{ line-height: 18px; } p{ padding: 10px 0 0 0; } p.postmetadata{ border-top: 1px solid #444; border-bottom: 2px solid black; margin: 10px 0 0 0; } .navigation{ padding: 10px 0 0 0; font-size: 14px; font-weight: bold; line-height: 18px; } table#wp-calendar{ width: 100%; } .comments-template{ margin: 10px 0 0; border-top: 1px solid #ccc; padding: 10px 0 0; } .comments-template ol{ margin: 0; padding: 0 0 15px; list-style: none; } .comments-template ol li{ margin: 0px; line-height: 18px; padding: 10px; border-bottom: 1px solid #444; } .comments-template ol li.alt{ background: #aaa; border-bottom: 1px solid #444; } .comments-template h2, .comments-template h3{ font-family: Georgia, Sans-serif; font-size: 16px; border-bottom: 1px solid black; } .commentmetadata{ font-size: 12px; } .comments-template p.nocomments{ padding: 0; } .comments-template textarea{ font-family: Arial, Helvetica, Georgia, Sans-serif; font-size: 12px; } .comments-template img{ border: 1px solid black; }